in

“Lembut je dia cakap”-[VIDEO] Mak Terkejut Dapat Tahu Anak Menantu Berhutang RM 10 Ribu, Rupa-Rupanya Kena ‘Prank’ Birthday

Cats 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sambutan ulang tahun pastinya menjadi hari yang istimewa buat seseorang, tak kisah umur berapa sekali pun. Selalunya mesti akan ada hadiah atau surprise yang dibuat untuk individu yang menyambut ulang tahun supaya diorang gembira dan rasa dihargai.


Pengalaman yang sama turut dirasai oleh seorang wanita yang berkesempatan untuk beri ‘hadiah’ kepada ibunya di kampung.

 

Terkejut berhutang tapi tetap tenang

Menerusi perkongsian beberapa video di Tiktok yang dimuat naik oleh junsyawalina, video bahagian pertama menunjukkan yang seorang wanita dari bandar datang ke rumah seorang warga emas, konon-kononnya nak cari kawan yang hilang tak dapat dikesan. Diorang beritahu kepada makcik itu yang anak serta menantunya berhutang RM 10 ribu untuk tujuan berniaga.

@junsyawalina

Anak menantu buat hal tapi maknye tetap lmbut tanya keadaan anak menantu…sabarnya mak dia… cik @sunshine.zuraly dah hbs sabar dah time ni…

♬ original sound – Realperfume_withjunsyawalina – Realperfume_withjunsyawalina

Korang boleh tengok yang wajah makcik itu agak terkejut dan panik bila dapat tahu tentang itu tapi dia tetap tenang bila dia memaklumkan dia tak tahu-menahu tentang hutang tersebut. Makcik itu juga ajak mereka masuk ke rumah untuk berbincang dengan baik.

Wanita yang konon-kononnya datang nak minta hutang itu minta tolong makcik itu untuk telefon anaknya. Dia sempat bercakap dengan anak makcik tersebut selepas makcik itu selesai bertanya khabar dengan suara lemah lembut dengan anaknya.

 

Konon nak ambil dokumen, rupanya pergi ambil hadiah

Selepas buat panggilan telefon, wanita itu beri alasan nak pergi ambil dokumen untuk ditandatangani oleh makcik itu.

@junsyawalina

Reply to @tengku_quden tengok sampai habis taw…jgn skip…sure korang rindu mak korang cam akk rindu mak akk…..Hargailah emak selagi ada….

♬ original sound – Realperfume_withjunsyawalina – Realperfume_withjunsyawalina

Rupa-rupanya dokumen itu adalah jambangan hadiah dan buah-buahan istimewa sempena hari lahir makcik itu.

Makcik itu tak sangka yang ‘drama’ anaknya berhutang itu hanyalah rekaan semata-mata untuk buatkan prank hari jadinya nampak real.

 

Terharu dengan pemberian anak

Mengetahui perkara sebenar, warga emas itu tersenyum dan meluahkan rasa syukur serta terima kasih kepada anak-anak sebab masih ingat ulang tahunnya siap bagi surprise lagi.

Knh

Alahai, tiba-tiba mata ni macam masuk habuk la pulak. Teringat mak dekat kampung…..

 

Sumber: junsyawalina

Baca:”Kecik-kecik dah sweet” – Anak Usia 6 Tahun ‘Suprisekan’ Ibu, Belikan Cincin Emas Guna Duit Tabung Hari Jadi

Njnkn

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.