in

“Kecik-kecik dah sweet” – Anak Usia 6 Tahun ‘Suprisekan’ Ibu, Belikan Cincin Emas Guna Duit Tabung Hari Jadi

Ft Emas Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk menghargai jasa ibu bapa yang berpenat lelah membanting tulang empat kerat untuk membesarkan kita, anak-anak kebiasaannya akan menghadiahkan ‘sesuatu’ yang dianggap sebagai hadiah istimewa kepada orang tua mereka apabila mereka sudah dewasa dan bekerjaya.


 

Baru 6 tahun, beli cincin emas untuk ibu

Namun, siapa sangka, di usia 6 tahun kanak-kanak dari Kota Kinabalu, Sabah ini sudah pandai menghargai jasa ibu bapanya apabila dia telah menghadiahkan ibunya sebentuk cincin emas!

Tular di media sosial baru-baru ini apabila ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 6 tahun ini telah memuat naik satu posting di laman Facebooknya @Sumarnie Edison mendedahkan bahawa anaknya itu telah membelikannya sebentuk cincin emas.

Feat Emas Anak

Menurut wanita itu, anaknya yang dikenali sebagai Afiq itu sebelum ini mempunyai duit tabungan hasil daripada hadiah sewaktu hari jadinya yang lepas.

Afiq telah keluar bersama bapa dan abangnya untuk memotong rambut dan perasan sebuah kedai emas yang terletak berhadapan dengan kedai gunting rambut tersebut.

Si anak terus meminta ayahnya untuk singgah ke kedai emas itu dan memberitahu bahawa dia mahu membelikan hadiah untuk ibunya.

Feat Emas 1

 

Beli cincin emas harga RM260, guna duit hari jadi

Dengan menggunakan berpuluh-puluh kepil duit RM5 yang diterimanya semasa hari jadinya yang lepas, Afiq telah membelikan ibunya sebentuk cincin emas yang berharga RM260!

Emas Anak

Wow, min umur 6 tahun, seringgit pun belum tentu ada. 

Suami wanita itu terus sahaja memaklumkan hasrat anaknya itu kepadanya melalui aplikasi WhatsApp. Suaminya itu juga turut memberitahu supaya dia berpura-pura tidak tahu mengenai hadiah tersebut sewaktu mereka pulang ke rumah nanti.

Tambahnya lagi, bajet mereka adalah di bawah RM300 dan anaknya telah memilih sebentuk cincin emas yang berharga RM260. Menurutnya, si suami juga membantu untuk membayar sebanyak RM70 untuk membeli cincin emas tersebut.

Emas Ws

 

Mulanya ingat anak bergurau

Pada awalnya, dia menyangkakan anaknya itu hanya bergurau. Namun, setelah suaminya menghantar gambar anaknya yang sedang ‘tekun’ memilih cincin emas untuk diberikan kepadanya, wanita itu berasa terharu dengan gelagat ‘sweet’ anaknya itu.

Mummy terharu dan bangga sama awak Afiq!

Perkongsian wanita ini di laman Facebooknya berjaya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya memuji kanak-kanak ini yang pandai menghargai ibu bapa walaupun usia masih setahun jagung.

 

“Alahai sweet anaknya” – Netizen

Komen Emas 1

Komen Emas 2

Komen Emas 3

Komen Emas 4

Kecik-kecik dah sweet, bagus ibu bapanya kecik-kecik dah ajar anak menghargai kaum wanita.

Baca: “Ni bukan udang sebalik mi, tapi udang sebalik baju” – Ibu Pelik 3 Kali Cuci Baju Tapi Masih Busuk, Rupa-rupanya Anak Punya Kerja Baca Emas

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.