in

Lelaki Ini Kongsi Cara Nak ‘Ajar’ Kereta ‘Ngelat’ Yang Suka Cucuk Belakang Dekat Tol

Tips Elak Bayar Tol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah viral pada tahun 2019 satu video di laman sosial tentang ‘trick‘ nak lalu tol free ni. Diorang selalunya akan ‘cucuk rapat’ kereta depan masa nak lalu tol untuk mengelak daripada bayar.



 

Baru-baru ini, jadi lagi kes yang sama di Lebuhraya Guthrie yang dikongsi oleh seorang netizen di laman Twitternya.  Melalui perkongsian di Twitter tersebut, sebuah kereta Honda Civic telah menghimpit rapat keretanya ketika lalu di tol. Haih..kenapalah ada perangai tak nak bayar tol ni.

Sebabkan itu, abang ini kongsi tips untuk ‘ajar’ sikit pemandu kereta yang ‘ngelat’, suka cucuk belakang (tailgating) dekat tol tu.

Tol3

Keluar tol perlahan-lahan sampai gate tertutup semula

Melalui tweet daripada abang Faisal Rahim , ‘pengelat’ yang suka cucuk kereta belakang ni selalunya akan target driver perempuan sebab biasanya mereka takkan perasan. Jadi, tips yang abang Faisal ni bagi ialah keluar tol slow-slow sampai gate tertutup semula. Kalau korang keluar tol perlahan-lahan sampai gate tertutup semula, mesti ‘pengelat’ tu marah gila! Sebab apa? Sebab bila palang dah turun, diorang confirmlah tak sempat keluar dari tol free!

Selain itu, pihak konsesi pun ada listkan nombor pendaftaran kereta yang selalu ‘langgar’ tol ni dan diorang boleh didakwa atas kesalahan menceroboh tol.

Katanya, kereta-kereta mahal yang selalu ‘ngelat’ bayar tol ni. Beli kereta mahal-mahal takkan tak mampu bayar tol kut…

Baca: Sistem Tol Tanpa Palang Bakal Digunakan Di Malaysia, Ujian Bermula 2022

Tol2

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.