Beberapa hari lepas sebuah portal hiburan telah melaporkan mengenai sebuah kemalangan yang melibatkan seorang pelakon lelaki yang didakwa sedang memandu di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan dia menyondol kenderaan di hadapannya.
Pengadu memberitahu, selepas kejadian itu pelakon tersebut telah menyekat nombornya dan menyebabkan segala perjanjian yang dituturkan pelakon itu ketika kejadian kini hanya tinggal janji.
Namun harini, pelakon berkenaan, Haidar Hasnudin telah tampil untuk menjelaskan situasi sebenar yang berlaku sehingga dia dituduh memandu dalam keadaan mabuk.
https://www.instagram.com/p/CqQARdMS7zS/
Menerusi akaun rasmi Instagramnya, Haidar telah memuat naik satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh peguam mewakilinya berkenaan kes kemalangan tersebut.
Difahamkan, kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kecederaan ataupun korban jiwa, sebaliknya hanya berlaku kerosakan terhadap kedua-dua buah kenderaan.
Susulan kejadian itu, Haidar sudah pun menyelesaikan masalah berkenaan dengan membuat laporan polis untuk urusan ganti rugi pembaikan kenderaan daripada syarikat insurans.
Bagaimanapun, dikatakan individu berkenaan ada menghubungi Haidar serta ajak berjumpa untuk menyelesaikan kes ini tanpa melibatkan pihak berkuasa.
“Anak guam kami kemudian dihubungi pihak tersebut yang meminta berjumpa bagi menyelesaikan kos pembaikan kenderaan dengan cara membayar ganti rugi tanpa melibatkan polis.”
“Anak guam kami tidak bersetuju dan meminta pihak itu mengikut saluran undang-undang yang betul,” kata mereka.
Oleh itu, Haidar telah membuat laporan polis kerana terdapat unsur berbaur ugutan daripada individu itu yang berang apabila permintaannya tidak dilayan.
Individu terbabit turut dipercayai telah menghubungi beberapa rakan artis dan media dengan tujuan menjatuhkan reputasi Haidar.
Ish ish ish.. Apa pun kita tunggu la keputusan mahkamah nanti…
Sumber : Boom! , Kosmo!, Instagram
Baca : Pelanggan Mabuk Belasah Pelayan Kedai Mamak Lepas Ditegur Ambil Lauk Guna Jari