in

Lelaki Ditahan Kerana Cabul Anak Tiri Umur 8 Tahun Tapi Salahkan Budak Tu Yang Menggodanya?

J 1

Orang kalau dah buat salah, macam-macam alasan yang dorang akan bagi untuk justify apa yang dia buat. Kadang-kadang sampai bagi alasan yang tak masuk akal dan menyakitkan hati.

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang lelaki dari Singapura telah didakwa di Mahkamah Tinggi kerana melakukan serangan seksual terhadap anak tirinya yang berusia 8 tahun.

Pada awalnya lelaki berusia 42 tahun ini telah mengaku bersalah, tapi rayuannya ditolak oleh hakim apabila dia menyalahkan mangsa atas tindakan terkutuknya itu. Bukan itu je, dia kini berhadapan dengan hukuman yang lebih berat.

Kalau korang nak tahu, lelaki ni tuduh anak tiri dia yang umur 8 tahun ni yang “goda” dia dulu. Tak cukup dengan tu, dia siap cakap dia dah “tolak” pelawaan budak ni tapi budak ni insist dan letak tangannya atas alat sulit lelaki ni? Apa bendaaa

Walaupun dengan segala tuduhannya, lelaki ini masih nak mengaku bersalah kerana dia rasa perbicaraan kes ini dah berlangsung terlalu lama dan keluarganya dah stress. Habis budak tu tak stress ke?

Menurut Penolong Pendakwa Raya Kavita Uthrapathy, tertuduh memulakan serangan seksual pada anak tirinya ini sejak Januari 2015, hampir dua tahun selepas dia berkahwin dengan ibu budak perempuan ini.

Mula-mula, tertuduh hanya menyentuh bahagian sulit mangsa beralaskan baju tapi lama-kelamaan nafsunya makin menebal begitu juga dengan tindakannya.

Kavita memberitahu mahkamah yang mangsa tidur di dalam bilik yang sama dengan tertuduh dan ibunya, di situlah lelaki ini melakukan perbuatan-perbuatan terkutuknya.

Feet 224680 960 720 E1557898957353

Serangan seksual ini berterusan hingga Oktober 2016 apabila bapa kandung mangsa perasan yang anaknya selalu rasa berat hati untuk pulang ke rumah tertuduh.

Awalnya bapa ini menyangka anaknya mahukan masa yang lebih bersamanya tapi apabila anaknya merayu untuk tak pulang ke rumah tertuduh pada 17 Oktober 2016, ketika itu bapa ini mula syak sesuatu yang buruk telah berlaku.

Akhirnya budak ini buka mulut tentang perlakuan bapa tirinya sebelum bapanya membuat laporan polis. Mahkamah memberitahu yang budak perempuan ini kini tinggal bersama bapa kandungnya.

Memang patut pun kena dakwa lagi berat. Melampau betul sampai nak tuduh budak tu buat macamtu.

 

Baca: Luah Masalah Suami Cabul Anak Di Page Kisah Rumah Tangga, Ramai Netizen Usaha Bantu Wanita Ini Tapi…

Screenshot 2019 05 15 At 4.58.49 Pm