in

Kerajaan Lanjut Tempoh Perbaharui Lesen & Cukai Hingga Akhir Tahun

Pembaharuan Lesen Dilanjutkan Ft Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tarikh akhir bagi pembaharuan lesen memandu serta cukai jalan yang pada awalnya 30 September ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 menurut Menteri Pengangkutan Datuk Wee Ka Siong.


Sehubungan dengan pengumuman tersebut, orang ramai diminta tidak perlu gusar dan khuatir sekiranya sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang memegang lesen atau cukai jalan yang telah tamat tempoh oleh pihak Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) mahupun polis.

Namun begitu, mereka yang berkenaan haruslah memastikan bahawa insurans kenderaan mereka diperbaharui dan sah, walaupun cukai jalan atau lesen kenderaan telah tamat tempoh.

“Mereka mesti menunjukkan nota e-cover insurans mereka untuk diperiksa oleh pihak berkuasa”

We Ka Siong Lesen Memandu 1

Difahamkan, pihak JPJ telah memaklumkan bahawa kesemua pengguna jalan raya mesti memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan kenderaan masing-masing sebelum 30 September selain bakal mengadakan pemeriksaan pematuhan dan penguatkuasaan pada 1 Oktober nanti.

Tambah Wee Ka Siong lagi, lesen ini merangkumi Lesen Memandu Kompeten (CDL), Lesen Kenderaan Bermotor (LKM atau cukai jalan), Lesen Memandu Barang (GDL) dan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

Jpj Ops Pkp

Selain itu, pihaknya turut bersetuju untuk memberikan gantian untuk kehilangan atau kerosakan mana-mana dokumen JPJ kepada mangsa banjir di Yan, Kedah baru-baru ini secara percuma.

Mangsa yang terlibat dalam bencana berkenaan difahamkan perlu membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum ke mana-mana cawangan JPJ bagi mendapatkan pengesahan sebelum diberikan salinan geran.

Difahamkan, ketika ini, bayaran atau cas yang dikenakan terhadap gantian lesen memandu adalah RM20, manakala bayaran RM50 dikenakan untuk mendapatkan salinan gantian cukai jalan bagi kereta dan RM20 untuk motosikal.

Baca : Penjawat Awam Selepas Ini Boleh Renew Cukai Jalan & Bayar Insurans Kenderaan Secara Ansuran

Bayaran Ansuran Cukai Jalan Penjawat Awam 2

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.