in

Penjawat Awam Selepas Ini Boleh Renew Cukai Jalan & Bayar Insurans Kenderaan Secara Ansuran

Bayaran Ansuran Cukai Jalan Penjawat Awam 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua penjawat awam selepas ini boleh membayar secara ansurans bagi memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan selepas perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan semalam.


Difahamkan, inisiatif tersebut bakal memberi peluang kepada penjawat awam membuat pembaharuan cukai jalan dan insurans kenderaan melalui potongan gaji dan tanpa dikenakan sebarang faedah.

Secara tidak langsung inisiatif yang bakal dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) dan sebuah syarikat takaful ini bakal membantu penjawat awam yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menteri M. Saravanan

“Premium insurans kenderaan dan cukai jalan cukup mahal ketika ini, jadi penjawat awam akan diberikan ruang untuk membayar secara ansuran”

Pengumuman tersebut dilakukan oleh Saravanan selepas mula menjalankan tugas secara rasmi di KSM.

Menurut kenyataan menteri tersebut lagi, inisiatif ini merupakan salah satu daripada 20 inisiatif berimpak besar yang bakal dilaksanakan sebagai pencapaian 100 hari pertama seperti yang dikehendaki oleh perdana menteri.

Perbaharui Cukai Jalan

Selain itu, difahamkan kemudahan ini juga mungkin diperluaskan kepada pesara kerajaan selepas perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan diperhalusi.

Dalam pada itu, Saravanan menambah bahawa lima bidang utama iaitu pembangunan kemahiran, perkhidmatan pekerjaan dan pematuhan aspek perburuhan, perhubungan perusahaan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta perlindungan sosial akan diberikan tumpuan dalam pencapaian 100 hari kementerian tersebut.

Baca : PM Beri 100 Hari Kepada Kabinet Untuk Tunjuk Prestasi, Turut Minta ‘Keluarga Malaysia’ Beri Kerjasama

100 Hari Kabinet Malaysia

Sumber: Awani
Sumber: Ringgit Plus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.