in

“Kena sekali nak berkali-kali…” – Buruk Perangai Makcik Bawang Komen Lucah Dekat Pasangan Pengantin Viral

Makcik Bawang Biadap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, viral tentang perkahwinan pasangan berlainan bangsa dan budaya, Nur Afilah dengan pasangannya dari Guinea, Adama Mohamed Camara. Detik pertemuan mereka adalah ketika Afilah atau lebih mesra dipanggil Fila sedang menangis dekat sebuah kafe di Pavilion.


“Saya terjumpa suami dekat Pavilion. Waktu tu saya sedang menangis sebab ada masalah sikit dengan teman serumah. Saya ni jenis kurang berkawan dengan orang.

“Kemudian dia tiba-tiba datang dekati saya ketika saya bersendirian. Dia pujuk Fila. Mula-mula rasa takut sebab saya seorang dan takut orang ambil kesempatan.

“Tapi bila tengok dia betul-betul ikhlas, saya terharu. Itulah kan kalau dah jodoh Allah akan hadirkan dia datang secara tiba-tiba.”

58377042 1642554539209616 1667668498899271680 N
sumber: facebook

Selain keluarga merestui, ramai netizen seluruh Malaysia ucap tahniah dan doakan kebahagiaan pasangan ni. Ada juga yang teruja dengan perkahwinan mereka tetapi dalam pada orang ramai beri komen yang positif, ada juga si polan yang beri komen tak sedap dibaca.

Menurut satu posting dekat Twitter, seorang wanita di Facebook ada komen double meaning dan perkara sangat menunjukkan sikap tak matang dia. Yelah komen benda dalam kelambu secara public. Apa punya perangai, tak malu ke?

Sedap ni… Hahahahahaha.”

Komen Lucah1
sumber: twitter

Bukan setakat tu je, apa yang lebih memalukan, ada pula beberapa orang sambung dan meleretkan komen double meaning tu. Mereka anggap perkara tu lawak dan tanpa segan silu komen secara terang-terangan. Buat malu kaum Hawa jela korang ni ish!

Kena sekali nak berkali-kali kot…”

Tapi lepas tu tau pula salah seorang komen yang dia takut kalau ada yang viralkan komen dorang tu. Then, kenapa komen macam tu?! Admin tak faham betul orang macam ni adoiiii.

Komen Lucah2
sumber: twitter

Ramai netizen dekat Twitter cakap kalau lelaki komen lucah macam tu dekat perempuan bukan main lagi terus viral cakap ‘men are trash’. Tapi hakikatnya, ada juga segelintir kaun Hawa yang sebegitu ye anak-anak….

“Kalau ye pun sangap, diam-diam lah.”

“Dasar makcik bawang!”

Komen1 1
sumber: twitter

“Makcik bawang ni bab ceramah kuat , bab macam ni pon kuat eh.”

“Makin takut dengan wanita zaman sekarang, makin tutup litup makin lancang mulut mencanang. Malu letak kat mana kak?”

Komen2 1
sumber: twitter

Rupanya ada netizen bagitahu, wanita yang mulakan komen tu memang selalu komen lucah macam tu. Dah banyak kali dia buat!

Komen3
sumber: twitter

Admin tak suka betul orang macam ni. Tak kira lelaki ke perempuan, tak matang! Lepas tu tau pula fikir takut orang viralkan komen dia. Apooooo~

Baca: “Keluarga saya sporting” – Keluarga Gadis Dari Kedah Terima Menantu Afrika Barat Dengan Tangan Terbuka

Hg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.