in

“Kanak-kanak kena sentiasa diawasi” – Ngeri! Kanak-kanak 3 Tahun Melecur Disambar Api Sebab Pegang Hand Sanitizer!

Feature 3 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan wabak Coronavirus di seluruh dunia, hand sanitizer menjadi antara keperluan penting yang dapat melindungi kita daripada dijangkiti. Namun, benda kecik ni pun bahaya jugak kalau tak digunakan dengan betul. 


Kali ini admin nak kongsikan tentang kisah seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang melecur setelah disambar api pembakaran sampah, lapor World of Buzz.

Cedera 1

Rupanya, ada yang sedang membakar sampah berdekatan rumahnya ketika kanak-kanak perempuan itu sedang berjalan di kawasan pembakaran sampah tersebut.

Dia pula dilaporkan sedang memegang botol hand sanitizer ketika kejadian berlaku. Hand sanitizer kan ada alkohol. 

Kejadian yang berlaku di Jawa Barat, Indonesia pada 4 April lalu itu telah menyebabkan kanak-kanak terbabit melecur teruk di bahagian kaki, tangan dan muka. Kesiannya adik ni weh.

Yang paling sedih, ayah kanak-kanak ini yang sedang bekerja di daerah Tangerang tidak dapat pulang untuk menjenguknya kerana tidak dapat keluar dari kawasan disebabkan perintah kawalan pergerakan.

Cedera 3

Menurut kajian di Amerika Syarikat, hand sanitizer tidak berbahaya jika digunakan pada tangan namun ia boleh menyebabkan kemalangan jika berada dekat dengan sumber api.

Sama-sama kita doakan adik ni supaya cepat sembuh. So, korang jangan takut pulak nak bersihkan tangan dengan hand sanitizer. 

 

Baca: “Guna je sabun dengan air” – Pakar Jelaskan Sebab Kenapa Kita Tak Digalakkan Buat DIY Hand Sanitizer

Hand Sanitizer

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.