in

“Guna je sabun dengan air” – Pakar Jelaskan Sebab Kenapa Kita Tak Digalakkan Buat DIY Hand Sanitizer

Dry

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan peningkatan kes terbaru COVID-19 di Malaysia ini di tahap membimbangkan, ramai yang ambil langkah berhati-hati untuk membuat pencegahan, segala penjualan topeng muka dan hand sanitizer memang laris di pasaran.


Sampai ke tahap kena beli online untuk tunggu stok masuk. Disebabkan terhadnya pengeluaran hand sanitizer ini, ada pula yang mengajar cara DIY untuk memudahkan kita sebagai pengguna.

Kita dapat lihat viral di media sosial tutorial nak buat DIY hand sanitizer ini, namun begitu, ada pakar mengatakan kita tak digalakkan mengikutinya sebab ada kemungkinan kita dapat kesan sampingan?

 

Sebab tak digalakkan buat hand sanitizer sendiri

Menurut sumber, ada beberapa perkara yang menjadi sebab kita tidak disyorkan membuat hand sanitizer sendiri.

Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menjelaskan bahawa, ‘mencuci’ tangan anda dengan menggunakan sanitizer tangan hanya perlu jika tidak sempat basuh tangan menggunkan sabun dan air.

Selain itu, pakar berhati-hati bahawa membuat pembersih tangan buatan sendiri lebih sukar daripada apa yang anda lihat.

Jika tidak mendapat konsentrasi yang betul, pihak pakar menjelaskan bahawa ianya tidak akan menjamin keberkesanan yang efektif atau ia akan menjadi ‘terlalu kuat’. Dimana boleh mandapatkan bahaya.

Untuk mendapatkan nisbah bahan yang tepat. CDC mengesyorkan menggunakan pembersih tangan yang mengandungi alkohol sekurang-kurangnya 60%, dimana ianya jumlah alkohol yang terkandung dalam hand sanitizer yang dijual.

Tetapi cubaan untuk meniru produk itu sendiri boleh menjadi sukar, kata  Dr. Sally Bloomfield, dari London School of Hygiene dan Medicine Tropical.

Dalam video di bawah ini, Dr. Jason Kindrachuk, penolong profesor Viral Pathogenesis di University Manitoba menjelaskan bahawa adalah lebih baik jika kita  menggunakan sabun daripada cuba membuat hand sanitizer sendiri.

Kesan dan risiko yang mungkin dihadapi

Menurut sumber lagi, jika kita ikut cara seperti mana yang dikongsikan di alam maya, ia belum tentu menjamin apa-apa.

Misalnya alcohol campur dengan aloe vera.

Ini kerana kita tak dapat nak mengawal bagaimana alkohol itudicairkan’ apabila produk itu terhasil.  Kalau kita tak cukup gel aloe vera dalam campuran bahan itu, kulit tangan kita akan jadi kering, dimana ia boleh menyebabkan kulit akan jadi merekah dan berdarah! Sama jadi macam kita letak alkohol dekat tangan,

Malah kalau kurang alkohol pula, ia tidak akan berkesan untuk membersihkan tangan kita daripada kuman.

Malah, macam-macam kesan sampingan lain misalnya, alkohol dan aloe vera gel pula akan cepat habis hanya disebabkan nak buat hand sanitizer yang tak jadi tu.

Pendek kata, ketumpatan alkohol dengan gel aloe vera kena seimbang dan ianya buka n satu perkara yang kita sewenang-wenangnya boleh buat di rumah.

Tidak digalakkan campur dengan mana-mana pewarna, minyak pati (essential oil) atau wangian lain kerana ia boleh menyebabkan tindak balas alahan – banyak resipi DIY menggunakan essential oil untuk menutupi bau alkohol.

Jadi, kesimpulannya basuh tangan lebih baik daripada menggunkan hand sanitizer, basuhlah dengan kerap, sebelum dan selepas makan, sediakan makanan, keluar tandas kalau boleh kena kerapkan lagi basuh tangan dengan sabun.

 

Baca : Lelaki Kongsi Cara Buat Hand Sanitizer Sendiri, Senang Je Rupanya!

Sssss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.