in

Kanak-kanak Ini Bina Meja Snooker Mini Guna Kotak Je, Kreatif Betul!

F Kreatif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan virus COVID-19 ni, ramai kanak-kanak dan remaja terpaksa duduk terperap di rumah setiap hari. Kalau dulu, petang-petang je, boleh keluar main dengan kawan di taman permainan, sekarang hanya mampu main area depan rumah je. Kadang-kadang kesian dorang bosan kan. 


Namun, buat kanak-kanak ini pula, dia bergembira dengan caranya yang tersendiri sebab dia telah bermain snooker menggunakan kotak sahaja! Baru-baru ini, tular sebuah video kanak-kanak bermain permainan itu walaupun meja snooker mini itu hanya dibina menggunakan kotak terpakai.

@ns.leo10

main pagi#beliard#bocil

♬ original sound – ns.leo10 – ns.leo10

Video tersebut telah dikongsikan oleh pengguna TikTok iaitu ns.leo10 pada hujung bulan lalu dan ianya telah menarik perhatian ramai. Dalam video terbabit, boleh dilihat, kanak-kanak itu sedang bermain snooker dan nampak macam dia guna guli untuk ganti bola permainan itu. Kreatif kan dorang ni!

Kreatif 3

Kreatif 2

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 8.1 juta tontonan dan lebih empat ribu komen daripada netizen yang rata-rata kagum dengan kebolehan kanak-kanak ini untuk berfikir di luar kotak dalam usahanya untuk bermain di rumah.

Ada juga netizen yang mengatakan video ini telah membantu mereka mengimbau kenangan manis bermain dengan barang-barang yang ada di sekitar rumah ketika kecil dulu. Imaginasi waktu kita jadi kanak-kanak memang tinggi kan. 

Photo 2021 07 11 10 25 41

Photo 2021 07 11 10 25 44

So, kalau ada antara korang yang tak tahu nak buat apa kat rumah hari ni tu, mungkin boleh cuba idea adik ni. Boleh la cari kotak-kotak yang mak korang dah tak nak guna.

Min rasa ni memang idea yang bagus guna konsep reuse, reduce and recycle. 

Sumber: TikTok @ns.leo10

Baca: “Semangat betul dia”- Comel! Video PDPR Murid Tahun 1 Ini Tarik Perhatian Ramai

Kreatif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.