in

Kanak-kanak 12 Tahun Maut Selepas Bunga Api Meletup Depan Muka di Kuching

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di saat ramai orang menyambut Syawal bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan dengan penuh keriangan, satu tragedi malang telah berlaku kepada seorang kanak-kanak pagi semalam.


Ketika insiden berlaku Haiqal Hakim Zolpak, 12, berada di rumah keluarganya di Kampung Bintawa Hilir, Kuching. Menurut World of Buzz, salah satu bunga api yang dinyalakan kanak-kanak itu tidak menyala lalu dia berlari ke arah mercun tersebut untuk menyiasat apa yang berlaku.

Sumber: World of Buzz

Pada ketika itulah tragedi malang menimpanya, di mana mangsa yang sedang merenung ke arah bunga api tidak menyala itu dan secara tiba-tiba ia meletup di depan mukanya!

Kesan daripada letupan itu telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan terus rebah. Menurut laporan, kanak-kanak itu maut serta merta selepas terkena letupan tersebut dan kekuatan letupan berkenaan turut menyebabkan bebola mata kanannya terkeluar. 

Sumber: World of Buzz

Portal lain turut melaporkan bahawa mangsa bermain mercun di luar rumah seorang diri sebelum bapanya terdengar bunyi dentuman yang kuat. Bapa mangsa kemudian bergegas lari ke luar dan ternampak sekujur badan yang sudah tidak bernyawa. Jiran tetangga kemudian turut keluar dan membantu menenangkan keluarga mangsa serta mengangkat mayat kanak-kanak itu sementara menunggu pihak polis tiba.

Sumber: World of Buzz

Pihak polis mengesahkan kejadian itu berlaku dan telah menghantar pasukan petugas khas untuk melakukan siasatan lanjut mengenai insiden berkenaan. Mereka kini sedang mengenal pasti jenis bunga api yang digunakan dan di mana mangsa memperolehinya.

Tak dapat dibayangkan kesedihan keluarga apabila insiden tragis sebegini berlaku ketika dalam waktu kegembiraan menyambut Hari Raya. Takziah untuk ahli keluarga mangsa.

Baca: Kanak-kanak 9 Tahun Cedera Tangan Kiri Selepas Mercun Bola Meletup Ketika Bermain

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.