in

“Kami tak jual alkohol pun” – Kedai Kopi Cina di Kelantan Disaman Sebab Guna Cawan ‘Carlsberg’

Kopi Kelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah kedai kopi di Kota Bharu disaman pihak berkuasa selepas mereka menerima laporan kedai itu menjual minuman beralkohol. Menurut WOB, Kedai Kopi Khuan Heong Yan telah beroperasi selama beberapa dekat dan pelanggan mereka terdiri daripada pelbagai bangsa.


Kedai3
sumber: wob

Namun, beberapa hari lepas pemilik kedai, Kho Ai Chi memberitahu dia ada menerima laporan bahawa kedainya menjual minuman beralkohol kepada orang ramai.

Saya dengar kami dilaporkan telah menjual alkohol, tapi sebenarnya kami cuma gunakan cawan yang mempunyai logo bir untuk hidangkan air kopi. Kami tidak menjual alkohol, selama ini memang kami hidang minuman guna cawan-cawan ini. Saya tak tahu kenapa tiba-tiba ada yang melaporkan tentang kami.”

Kedai1
sumber: wob

Katanya lagi, memang ramai pelanggan minta air kopi dihidangkan dalam cawan yang ada logo bir jenama Carlsberg kerana saiz cawan itu lebih besar.

Pada 24 Disember, sejumlah 4 saman dikenakan kepada pemilik kedai itu. Salah satunya adalah kerana menggunakan cawan yang mempunyai logo bir sementara yang lain pula dikenakan oleh jabatan kesihatan kerana lantai kotor dan beberapa lagi kesalahan lain.

Kedai2
sumber: wob

Baca berita penuh di sini.

Baca: “Nie la kes orang duk kena kencing tikus” – Video Jijik, Tikus Tersadai Atas Ayam Gantung Dari Kedai Tom Yam Dekat Penang

Tikus11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.