in

“Nie la kes orang duk kena kencing tikus” – Video Jijik, Tikus Tersadai Atas Ayam Gantung Dari Kedai Tom Yam Dekat Penang

Tikus11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebersihan merupakan peranan utama dalam mengendalikan perniagaan makanan ataupun restoran, kalau tidak, penularan wabak penyakit boleh terjadi, silap-silap boleh menerpa maut.


Selain keracunan makanan, pelanggan boleh kena penyakit ‘kencing tikus’ dimana ia mampu menamatkan riwayat seseorang jika tidak bertindak dengan segera.

 

Chef Ratatouille

Antara cara untuk kita elak ataupun cegah adalah, elakkan memakan di restoran atau gerai yang ada tikus lalu.

Tapi, dalam video yang tengah viral melalui Facebook Penang Kini ni, bukan lalu kat tong sampah restoran, siap bersadai atas makanan terus! Jijik!

Sebuah kedai tomyam kat kawasan perindustrian bayan lepas, bersebelahan kilang Zoomic… Sapa yang keja area situ tau laa kedai ni…Kiriman Pelanggan..

Posted by Penang Kini on Saturday, November 23, 2019

 

Dikatakan , kedai makan ini terletak di Bayan Lepas, dan difahamkan kedai tersebut merupakan kedai Tom Yam disebuah kawasan perindustrian.

Orang Penang tahu lah kot!

Sudah semestinya ia mengundang pelbagai reaksi netizen yang ‘kembang tekak’ bila melihatnya. Tikus itu dilihat sedang duduk diatas ayam yang digantung sambil cuba makan ayam goreng itu.

Namun ramai yang bimbang dengan kencing tikus.

 

Ayam tu dah tercemar, jaga-jaga kencing tikus – Netizen

Tikus Tikus2 Tikus3 Tikus4 Tikus5 Tikus6

 

Baca : “Kami tidur dikelilingi tikus.” – Ribuan Kanak-kanak Di Palu Masih Merempat Selepas Tsunami 6 Bulan Lepas

Tikus7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.