in

Ini SOP Ketika Nak Masuk Gym Bermula 15 Jun Nanti

Gym2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umumnya, ramai yang dah tahu bahawa pusat gimnasium akan mula beroperasi bermula 15 Jun ini, pasti ramai yang tak sabar untuk kembalikan produktiviti mereka untuk jadi fit semula.


Jadi, berdasarkan informasi keahlian daripada beberapa pusat gimnasium terkemuka di Malaysia disini beberapa panduan dikemukakan oleh pusat-pusat gimnasium tersebut kalau nak mula masuk.

Biarpun belum ada kata rasmi daripada pihak berkuasa, namun seperti premis lain pelanggan yang mendaftar keahlian gym tersebut haruslah membuat semakan suhu badan selain itu:

  • Pelanggan haruslah mengisi borang pengasahan kesihatan.
  • Perlu membuat tempahan awal berkenaan dengan waktu untuk mereka melakukan senaman menerusi platform yang disediakan.
  • Perkhidmatan tuala juga tidak akan disediakan oleh pihak gym, jadi pelanggan harus bawa dari rumah.
  • Suhu melebihi 37.5 dilarang masuk dan mereka yang mempunyai gejala seperti sakit tekak, batuk selsema dan sukar untuk bernafas juga diarahkan untuk tinggalkan premis.
  • Sauna tidak akan dibuka
  • Ada gym meminta agar pelanggan minta jalan sehala jika ingin bergerak ke satu lokasi lain.
  • Jumlah kapasiti dalam studio untuk sebarang kelas akan dikurangkan.
  • Tidak melibatkan sebarang pembayaran tunai.

Ini adalah SOP yang dikeluarkan oleh HQ gym untuk memastikan pelanggan mengamalkan norma baharu.

Jadi, lepasni tak adalah persoalan yang terlintas di minda bagaimana gym mula beroperasi dalam keadaan norma baru ini. Kalau was-was juga, boleh je buat homeworkout, tapi kena ingat! Jangan lupa bersihkan kesan peluh lepas workout tu.

Info ini min dapat berdasarkan kiriman email daripada pihak gym sebagai ahli.

 

Baca : 5 Lelaki Kena Jangkit Coronavirus Lepas ‘Workout’ Dekat Gym

Gym

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.