Bintang cilik 12 tahun Alyssa Dezek sebelum ini menjadi tumpuan warganet dengan kemampuannya membeli kereta MPV ketika usia kanak-kanak hasil pendapatannya menerusi saluran Youtube sendiri yang mempunyai lebih daripada 3 juta subscribers.
Disebabkan berita itu tular, ia menerima pelbagai reaksi netizen, antaranya ibunya mendapat kecaman kerana tidak memanfaatkan pendapatannya itu untuk di masa hadapan.
Berikutan dengan tuduhan itu, ibunya Suzanne Dezek menjelaskan bahawa dia sebagai ibu hormat kehendak anaknya bagi memudahkan urusan kerjayanya. Lapor mStar Online.
Pada saya itu duit dia, jadi dia yang nak beli Vellfire untuk memudahkan dia pergi penggambaran dan travel jauh untuk keselesaan dia”
Tambahnya lagi, bab tempat tinggal ia sudah disediakan untuk Alyssa dan adik oleh ayahnya. Malah, mereka juga ada membuat simpanan untuk pendidikan Alyssa di masa akan datang .
Dalam pada itu, terdapat juga tuduhan yang mengatakan ibu bapanya menumpang kesenangan Alyssa, dan mengambil kesempatan bahawa Suzanne dan suaminya yang nak bawa kereta itu.
Tuduhan itu ditepis oleh Suzanne dengan mengatakan bahawa mereka mampu untuk menyara diri sendiri memandangkan suaminya Hafidz Dezek bekerja sebagai seorang ketua jurutera kapal.
Rata-rata netizen cakap saya dan suami yang nak pakai kereta tu. Padahal tu kehendak dia sendiri, mungkin mereka tak tahu ayah Alyssa bekerja sebagai ketua jurutera kapal. Ayah dia pun mampu.”
Namun begitu, Suzanne mengambil kecaman itu dari sudut yang positif. Walaubagaimanapun, Suzanne menjelaskan bahawa pelajaran masih lagi menjadi keutamaan buat Alyssa.
Mereka akan memastikan bahawa Alyssa akan mendapat pendidikan sama seperti kanak-kanak lain.
Baca : “Untungnya dia” – Wow! Artis Cilik Ini Beli Vellfire Padahal Baru Berusia 12 Tahun