in

“Untungnya dia” – Wow! Artis Cilik Ini Beli Vellfire Padahal Baru Berusia 12 Tahun

Untitled Design 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai yang turut ingin menjadi seorang Youtuber gara-gara melihat kejayaan dan hasil luar biasa Youtuber tempatan. Antara kejayaan yang paling membanggakan, artis cilik yang bernama Aryanna Alyssa Dezek yang melakar sejarah apabila menjadi satu-satunya artis menyanyi yang berada di carta 10 teratas paling ramai subscibers Malaysia


Menurut Vidooly.com Alyssa itu kini di tangga ke-7 dalam carta tersebut dan laman Youtube miliknya kini mencecah lebih 3 juta subscibers.

Terbaru, penyanyi cilik itu dikhabarkan telah membeli sebuah kereta mewah idamannya, iaitu Toyota Vellfire yang beranggaran sekitar lebih RM250 ribu. Menurut Metro, dia tidak menyangka video yang dimuat naik di saluran YouTube itu, membolehkan dia memiliki sebuah kereta pada usia 12 tahun. Alyssa turut menghargai usahanya selama ini, kereta tersebut turut bakal dikongsi bersama ahli keluarga yang lain.

2

1 4

Dalam pada itu, Alyssa berharap agar kejayaan diraihnya kini boleh membakar semangat kepada ramai pihak terutamanya kanak-kanak diluar sana. Dia turut berterima kasih kepada semua peminat dari Asia Tenggara yang menyokong usaha serta bakatnya selama ini.

“Apa yang dimiliki ini bukan nak menunjuk, tapi saya ingin beritahu kepada semua orang bahawa kita mampu mencapai apa yang diinginkan. Cuma perlu berusaha untuk mencapainya”

“Setiap orang boleh cuba dan hasilkan video yang berfaedah dan kreatif. Buatlah video yang boleh menarik perhatian penonton,”

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang bukan saja berada di Malaysia tetapi di Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. Tanpa sokongan anda tak mungkin YouTube saya berjaya sampai ke tahap ini dan memiliki lebih 3 juta langganan. YouTube juga membantu menghubungkan saya dengan peminat di beberapa negara Asia”

Semoga Alyssa terus berkembang dalam industri hiburan dan terus mengecapi kejayaan.

Min dulu darjah 6 sibuk dengan pengakap tengah fikir nak ikat ‘buku sila’ macam mana, dia dah ada Vellfire dah.

Baca: “Jaga-jaga nanti LHDN cari” – Tindakan Sugu Pavitra Dedah Jumlah Bayaran Dari YouTube Buat Netizen Risau

F.b 6

Sumber: Metro
Sumber: Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.