Sekarang ni kalau kita perasan ramai anak kecil yang sudah mempunyai minat seperti orang dewasa kan?
Kadang-kadang tu, hasil kerja yang mereka lakukan boleh dikatakan hampir setanding dengan apa yang mampu dilakukan oleh golongan dewasa.
Baru-baru ni tular di laman Facebook mengenai bakat seorang anak muda yang sudah kelihatan seawal usia 10 tahun.
Sedikit perkongsian, hobi anak sulung sy – Airiel Haziq yg agak pelik dgn umur dia masa tu 10/11 thn..sekarang dh 12…
Posted by Abang Just Sebarkan on Sunday, January 12, 2020
Melalui perkongsian yang mendapat ribuan share itu, kanak-kanak yang dikenali sebagai Airiel Haziq, 12 sudah mempunyai hobi untuk melakar rumah dan bangunan seawal usianya 10 tahun.
Tapi minat Haziq kelihatannya seperti semakin membuak-buak dalam bidang ini. Lalu bapanya telah membelikan dia buku-buku rujukan seperti lukisan perspektif dan kejuruteraan bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Haziq juga dikatakan turut melakar bahagian dapur dan bilik air rumahnya semasa keluarga dia ingin membuat sedikit pengubahsuaian.
Admin pun doakan semoga adik ni menjadi arkitek yang berjaya satu hari nanti.
Baca: “Melepaslah nampaknya…” – Anak YB & Seorang Arkitek, Lelaki Ini Didakwa Teman Lelaki Mira Filzah?