Ura-ura tentang penubuhan parti baharu yang diterajui oleh golongan belia akan menjadi kenyataan hari ini.
Malaysia Kini melaporkan anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan dia akan mendaftarkan ‘Muda’ sebagai sebuah parti politik hari ini.
Pengumuman ini telah dimaklumkan menerusi satu temu bual di stesen radio BFM pada pagi tadi.
Katanya dia akan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sejurus selepas sesi temu bual tersebut.
“Selepas wawancara ini, saya akan ke terus ke ROS untuk mendaftar Muda sebagai parti politik”
Sebelum ini juga tanda pagar #MUDAsudahMULA telah tular dan menjadi sebutan di laman media sosial.
Hasratnya ini bertujuan untuk membentuk satu parti politik Malaysia pertama diterajui golongan belia berbilang kaum.
“MUDA adalah parti Malaysia pertama diterajui belia, berbilang kaum dan agama untuk memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia- tua dan muda, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan”
Tidak lepas dari kecaman – Syed Saddiq
Syed Saddiq juga mengakui tindakan beraninya ini akan mengundang pelbagai kecaman dari masyarakat. Namun, beliau masih optimis dan menganggap ini tanggungjawab yang perlu dipikul untuk mendedahkan orang muda dalam dunia politik.
“Saya rasa ini akan mengundang kecaman yang hebat”
“Saya sangat pasti majoriti masyarakat Malaysia sedia maklum dan jika terdapat sebarang halangan dalam usaha kita, ia adalah cubaan untuk menghentikan dan menghalang kemajuan dalam meraih entiti politik sah”
Jadi apa komen korang dengan parti politik baharu ni? Min okay je.
Baca: “Parti baru Syed Saddiq akan pecahkan undi Melayu” – Tun Mahathir