in ,

Ingkar Bayar PTPTN Akan Diisytihar Bankrup? Baca Ini Dulu…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tersebar berita gempar di blog-blog tempatan yang mengatakan kononnya mereka yang ingkar bayar Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diisytihar bankrap! Sekilas baca memang rasa terkejut dan takut jugaklah, tambahan pulak bagi mereka yang memang ada hutang yang banyak.


Sumber: Facebook

Pun begitu, pengguna Facebook bernama Zulhafidz Yahaya tampil beri penjelasan berkenaan isu ni berdasarkan sebuah news yang dikeluarkan MMO semalam. Menurutnya, ramai yang tak faham maksud sebenar tajuk artikel tu dan buat andaian yang memang betul dorang yang tak bayar PTPTN akan kena declare bankrap!

Oleh tu, Zulhafidz ambik inisiatif dengan translate artikel English tu ke Bahasa Melayu supaya lebih ramai faham apa yang nak disampaikan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching. Ini apa yang dia explain:

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Haa faham ke idok? Maknanya kerajaan takkan senarai hitamkan nama peminjam PTPTN daripada tinggalkan negara ni dan hanya yang bankrap saja akan disenarai hitamkan. Malah kalau tak konsisten bayar pun kerajaan takkan senarai hitamkan, kecualilah kalau korang sudah diisytihar bankrap.

Malah peribahasa Inggeris ‘cart before horse’ jugak dijelaskan Zulhafidz yang bermaksud membuat sesuatu dalam susunan yang salah.

Selain itu, Zulhafidz juga explain yang menteri tiada kuasa untuk bankrapkan peminjam tetapi ini adalah tugas pihak insolvensi untuk tentukan. Melalui tweet Syahredzan Johan, bukan mudah untuk menjadikan seseorang tu bankrap. Individu tu mestilah: 

  1. Kena dapatkan penghakiman mahkamah dahulu.
  2. Hutang atas penghakiman perlu lebih daripada RM50,000.
  3. Kena serahkan notis kebankrapan, dan beri masa untuk bayar.

Timbalan Menteri Pendidikan jugak ada menjelaskan mengenai isu ini di Facebook peribadinya dan diharapkan orang ramai yang terbabit dengan pembayaran PTPTN janganlah membuat tuduhan yang tak betul mengenai isu ni.

Sumber: MMO

Apa-apapun diharapkan korang baca dulu artikel dan bukan headlines je pastu terus jump into conclusion. Kadang-kadang ada jugak yang tak faham isi kandungan artikel dalam Bahasa Inggeris hingga membuatkan dorang buat macam-macam andaian. Itulah pentingnya English education! 

Apa pendapat korang mengenai isu ni? Rasa lega kan tak kena blacklist!

Baca: Siapa Nak Tangguh Bayar PTPTN, Buat Ni Cepat! 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.