in

Siapa Nak Tangguh Bayar PTPTN, Buat Ni Cepat!

Page Ptptn2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kepada peminjam PTPTN, ni ada berita penting untuk korang semua!


Nampaknya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini membenarkan peminjam yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman tersebut, lapor WORLD OF BUZZ.

Hyu
sumber: wob

 

Perlu kemaskini maklumat

Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan mengatakan sekiranya korang nakkan penangguhan ini, korang mesti kemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon, alamat emel, pekerjaan beserta akuan pendapatan sebelum 25 Julai 2018.

Wan Saiful
sumber: blog

“Peminjam ada sehingga 25 Julai dan audit akan dijalankan oleh PTPTN.

“Sekiranya tindakan ini tidak dilakukan dalam masa yang diberikan, kami akan menganggap mereka tidak mahu menangguhkan bayaran semula dan mereka juga akan dikecualikan dari polisi baru yang berkaitan dengan hal ini.”

Pelaksanaaan penangguhan bayaran semula pinjaman PTPTN merupakan salah satu manifesto Pakatan Harapan tempoh hari bagi membantu meringankan beban peminjam PTPTN yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 setiap bulan.

 

Ini langkah yang perlu korang ikut kalau nak tangguh bayar PTPTN:

Dindp9Mu8Aaxa7A
sumber twitter

Pada awal bulan Jun, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik telah meminta untuk diberikan sedikit masa bagi menepati janji memandangkan hutang negara dalam keadaan yang teruk.

Walau bagaimanapun, lepas ni peminjam PTPTN dah boleh menarik nafas lega sebab dibenarkan untuk menangguh pembayaran balik tapi janganlah pulak sampai tak bayar ye. Ada orang lain yang memerlukan duit tu untuk menyambung pembelajaran dorang.

Jangan lupa update details korang sebelum 25 Julai tau! Cepat buat sekarang!

Baca: Peminjam ‘Hidup Bermewah’ Bertanggungjawab Langsai PTPTN

Oksyed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.