in

“Helmet harga kereta” – Individu Beli Helmet RM86K Jadi Perbualan Netizen Di Media Sosial

2Helmet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Hobi kami mahal”, itu yang kita sering dengar dari sesetengah orang untuk ‘menghalalkan’ tindakan mereka membeli suatu barangan yang mahal. Tak kurang juga yang memberikan alasan-alasan lain semata-mata untuk menjustifikasikan perbelanjaan mereka.


Tular di media sosial baru-baru ini selepas seorang individu telah membeli satu topi keledar dengar harga RM 86,000. Tindakan individu tersebut yang membeli helmet berwarna kuning itu telah mencetuskan perbualan dan perbincangan dalam kalangan netizen. Korang tengok dulu tweet @myjoe_ kat bawah ni.

Screenshot 2023 02 04 At 1.13.44 Pm Screenshot 2023 02 04 At 1.13.55 Pm

Screenshot 2023 02 04 At 1.14.02 Pm

 

Helmet harga kereta

Terkejut min tengok harga helmet tu sampai RM 86,000!

Min nak beli helmet harga RM500 nak pakai ulang alik pergi kerja setiap hari pun fikir banyak kali. Banyak betul ye duit lebih yang dia ada untuk beli helmet harga macam tu.

Screenshot 2023 02 04 At 1.14.23 Pm

HelmetWah owner asal pun jual dengan harga RM100,000. Entah berapa lah modal dia ye untuk beli helmet dengan harga macam tu. Min rasa mesti barang rare ni, itu yang sampai berani buka harga awal-awal RM100k.

Screenshot 2023 02 04 At 1.15.06 PmRupanya ada juga ye orang yang kumpul helmet mahal-mahal macam ni. Dah minat orang kan, duit dia pula tu. Kita nak kata apa pun tak boleh sebab bukan duit kita. 

Screenshot 2023 02 04 At 1.15.51 PmMin tak reti sangat kumpul-kumpul barang mahal untuk jual balik macam ni. Tapi betul juga tu, yang hobi kumpul barang mahal-mahal ni mesti ada duit untuk main kan. 

Screenshot 2023 02 04 At 1.16.32 PmMin pun ada fikir macam ni. Barang mahal-mahal kalau min beli memang tak berani nak pakai sangat. Memang akan jadi hiasan dekat rumah je. Nak bawa keluar takut rosak atau paling teruk hilang kena curi. 

Apa boleh buat kan, dah minat dan hobi masing-masing. Cuma min nak ingatkan, berbelanjalah dengan berhemah.

 

Baca: Lelaki Belasah Isteri Guna Helmet Ditahan Polis, Rupanya Positif Dadah

Screenshot 2023 02 04 At 1.19.43 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.