in

Lelaki Belasah Isteri Guna Helmet Ditahan Polis, Rupanya Positif Dadah

Pukul Isteri Helmet 1

Beberapa hari lepas, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki bertindak memukul seorang wanita yang dipercayai isterinya menggunakan helmet motosikal di tempat awam.

Terbaru, pihak polis telah berjaya menahan lelaki berusia 35 tahun di sebuah rumah di RKT Kesedar Paloh 2, Gua Musang, Kelantan susulan insiden tersebut.

Untitled Design 2

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, mengesahkan penahanan suspek selepas lelaki yang bekerja sendiri itu mengaku memukul isterinya disebabkan berlaku perselisihan faham.

“Suspek mendakwa berlaku perselisihan faham kerana tidak membenarkan isterinya bekerja dan menyuruh mangsa menjaga ibunya yang sedang sakit.

Hasil pemeriksaan, kita tidak menemukan apa-apa barang salah pada suspek, namun ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis Methaphetamine.

Polis turut merampas topi keledar berwarna merah yang digunakan untuk memukul mangsa dalam kejadian itu,” katanya.

Difahamkan, suspek kini direman empat hari sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebelum ini, video berdurasi 30 saat itu tular di media sosial dan menerima kecaman yang teruk daripada netizen.

Baca: Polis Cari Lelaki Pukul Wanita Dengan Topi Keledar

F4 Lpw