in

“Hanya kongsi video bukan minta bantuan” – Abang Veveonah Buka Mulut Isu Tuduhan Palsu, Ajak Timb. Menteri Tengok Sendiri Capaian Internet

Cc1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hangat di laman media sosial minggu lalu apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin mengeluarkan kenyataan bahawa video yang melibatkan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mengambil peperiksaan di dalam hutan itu adalah palsu.

Beliau mendakwa Veveonah tidak mempunyai sebarang peperiksaan pada hari tersebut dan hanya sekadar membuat kandungan untuk meraih popularati.


Dakwaan itu diselar oleh netizen dan pelbagai spekulasi yang timbul sehingga Zahidi memberitahu bahawa dia mendapat maklumat tersebut dari Ahli Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri.

C1 1 3

Namun, pelbagai pembuktian yang telah dikongsikan oleh rakan Veveonah berkenaan peperiksaan tersebut dan terbaharu abang kepada Veveonah, Mekvin Mosiban pula dengan lantangnya telah bersuara berkenaan hal ini.

Dalam satu posting di Facebook semalam, dengan panjang Mekvin telah menulis luahan isi hatinya pengalaman hidup di kawasan pedalaman.

https://www.facebook.com/mekk.vin/posts/3067867530002559

Dia berkata selama ini mereka sudah terbiasa dengan hidup susah di kampung. Apabila adiknya tular dengan video mengambil peperiksaan di dalam hutan, dia menggangap bahawa Veveonah sekadar ingin berkongsi kehidupan di kampung, bukan mengharapkan bantuan mana-mana pihak.

C 2 1

“Disini saya ingin memberi tahu bahawa video yang adik saya buat itu dan dimuat naik dalam Youtube adalah untuk mengongsikan suasana di kampung, kehidupan di kampung, cara anak muda yang susah untuk belajar dan belajar sesuatu yang berfaedah”

“Adik dan keluarga saya tidak cakap pun minta segala bantuan”

Namun, dia berasa kesal apabila adiknya terpalit dengan tuduhan palsu yang menyebabkan adiknya sedih dan kecewa apabila usahanya untuk menjawab peperiksaan itu dianggap lakonan demi populariti.

C3 1

 

“Mai mai mai datang tengok internet di kampung saya” – Mekvin

Dalam posting yang sama, Mekvin dengan nada sinis mengajak YB Zahidi dan Ahli Parlimen Kudat untuk meninjau sendiri keadaan kampung mereka lebih-lebih lagi mencuba capaian internet di kawasan pedalaman.

“Lai lai lai, mai mai mai, cuba ambil pengalaman melayar internet di kampung pendalaman pula bagaimana rasanya kepada YB atau Timbalan Menteri. Itu baru internet belum lagi bekalan air, bekalan elektrik”

Abdul Rahim sebelum ini juga bertindak balas dengan berusaha untuk memperlekehkan Veveonah dengan berkongsi sumber maklumatnya di Facebook. Namun posting tersebut telah di padam setelah mendapat kecaman netizen.

C2 1 1

 

Walau bagaimanpun, YB Zahidi telah pun menyatakan permohonan maaf kepada keluarga Veveonah. Semoga isu ini tidak lagi dipanjangkan pada masa hadapan.

 

Baca: “Saya sedih dan sangat kecewa” – Veveonah Kecewa Dituduh ‘Menipu’ Ada Exam Online Hanya Untuk Dapatkan Views di Youtube

C4 1

Sumber: Facebook
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.