Awal bulan ini, timbul kekecohan di media sosial apabila netizen mendapat tahu Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dikatakan telah menuduh Veveonah Mosibin menipu. Menurut Datuk Zahidi, pihaknya telah menjalankan siasatan dan mendapati ketika video itu dirakam, tiada peperiksaan yang sedang berlangsung.
Anak kelahiran Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah itu kemudian mengeluarkan kenyataan di mana dia akui kecewa dan sedih apabila dituduh mereka-reka cerita terpaksa panjat pokok untuk dapatkan internet.
https://www.facebook.com/veveonah.mosibin/posts/171565737796709
Ramai ‘back up’ Veveonah, termasuk ahli parlimen lain
Tindakan Datuk Zahidi itu telah mengundang kemarahan ramai netizen di media sosial malah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh juga turut menyelar tindakan beliau. Katanya,
Jika anda tidak mengetahuinya, ini sebenarnya adalah tindakan buli siber oleh dua Timbalan Menteri terhadap seorang remaja.”
If you don't recognise it – this is actually cyberbullying in action.
By two deputy ministers.
Against a young child.
Again, silence from Women Minister and her deputy.https://t.co/3GMRnxyIaf— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) September 8, 2020
Selain dakwaan menipu, netizen juga turut tidak berpuas hati dengan cara Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa selepas beliau memberi pandangan di Twitter. Kenyataan beliau diselar kerana salah mengeja nama Veveonah serta turut menggelar gadis itu sebagai ‘tree girl’. Menurut netizen, gelaran itu seperti memperlekehkan Veveonah.
Viveonnah Mosibin@tree girl issue should be an eye opener for us..accept reality that still many villages esp in the interior of Sabah n Swak need better infrastructure facilities incl better communication network..Work on it and stop being in denial..
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) September 8, 2020
Lepas Menteri, netizen pula yang ‘cari pasal’
Selepas isu itu menjadi panas, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) YB Khairy Jamaluddin telah mengadakan pertemuan dengan Veveonah. Khairy yang mewakili kerajaan telah memohon maaf kepada Veveonah dan kedua ibu bapanya atas kesulitan yang dilalui olehnya disebabkan hal itu.
Tapi, baru je reda isu ni ada pula kes baru yang bikin panas pula. Melalui Facebook, Veveonah berkongsi tentang komen netizen di Youtube yang telah menggelarnya ‘anjing’. Malah, netizen itu turut menuduhnya sengaja meminta simpati melalui video panjat pokok berkenaan.
Nak mintak orang kesian kan lah tu. Ni lah orang Sabah, sikit-sikit nak viral. Berusahalah sendiri anjing.”
https://www.facebook.com/veveonah.mosibin/posts/177977753822174
Tidak cepat melatah, Veveonah hanya memohon agar netizen hentikan budaya cyber bully dan judgemental serta tidak hanya sebarkan kebencian semata-mata.