in

Guru Wanita Simbah Guru Besar Dengan Air Panas Kerana Berang Dilawat di Kelas

Guru Lecur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar di atas sekadar hiasan.


Hanya kerana datang melawat ke kelas seorang guru, tak pasal-pasal guru besar ini disimbah air panas oleh guru wanita yang tak suka dilawat ketika dia sedang mengajar.

Kejadian yang berlaku di Sibu dalam jam 10 pagi semalam itu bermula apabila guru besar yang malang itu meninjau beberapa kawasan sekolah termasuk kelas-kelas yang mana gurunya sedang mengajar, lapor Malay Mail.

Guru Di Depan Kelas
gambar hiasan

Guru besar tersebut kemudian masuk ke dalam kelas yang dikendalikan guru wanita berkenaan, sebelum suspek memberitahu guru besar yang tindakannya itu seperti dia tidak mempercayai suspek.

Eh bukan ke normal guru besar datang melawat kelas??

Kedua-dua mereka kemudian bergaduh dan guru wanita tersebut yang kebetulan memegang segelas air panas ‘menyiram’ ia ke wajah guru besar itu. Walau bagaimanapun, mujurlah mangsa sempat mengelak. Nasib baikkk!

Throwing Water By Cmickle D4Dpnm5
gambar hiasan

Pun begitu, lengan dan badan mangsa melecur akibat terkena air panas. Malah guru wanita itu juga cuba menendang mangsa namun dia sempat mengelak. Ganas betul cikgu ni!

Jirus4
gambar hiasan

Pertengkaran kedua-dua pendidik itu akhirnya terlerai apabila suspek menghalau mangsa yang sembilan tahun muda darinya keluar dari kelas tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahri Abdullah, suspek juga sebelum ini pernah didakwa menyerang bekas guru besar di Lebaran dekat sini dan laporan pun sudah dibuat mengenai kes itu.

Guru wanita tersebut kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Haih, macam-macam sekarang ni. Tahap kesabaran senipis kulit bawang betul! Cuba bawa bertenang dan bersangka baik dengan guru besar tu…

Baca: Isteri Dipukul Suami Akibat Bergaduh Kerana Ayam Tidak Dicuci Dengan Bersih

Ayam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.