in

Isteri Dipukul Suami Akibat Bergaduh Kerana Ayam Tidak Dicuci Dengan Bersih

Ayam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar di bahagian kanan di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.


Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Setiap pasangan pasti ada berlaku pertengkaran dan kadang kala pergaduhan itu berlaku disebabkan perkara yang remeh.

Seperti seorang wanita ini yang bertengkar hanya kerana kesilapan membuat kerja di dapur. Norain Abdullah, 24, telah bertengkar dengan suaminya, Radzuan Jaafar, 36, pada 11 Jun lalu kira-kira jam 3.30 petang di kediaman mereka di Mantin, Nilai.

Namun pertengkaran itu berlaku bukanlah kerana perasaan cemburu atau curang tetapi kerana suaminya tidak berpuas hati dengannya kerana dikatakan tidak mencuci ayam dengan betul.

1 12
gambar hiasan

Pada hari kejadian, Noraini sedang membasuh ayam di dapur namun tanpa disangkanya, caranya itu tidak memuaskan hati suami kerana dikatakan masih mempunyai darah. Dah tu tolong laaa!

Noraini kemudian menyuarakan rasa tidak puas hatinya juga dan melawan kata suaminya itu mengakibatkan pergaduhan yang berlaku di antara mereka menjadi lebih teruk.

Ketika sedang bertengkar, suaminya kemudian menaikkan tangan dan memukulnya di bahagian kepala dan bahu kiri gara-gara tidak dapat mengawal kemarahannya. Tindakan suaminya itu telah menyebabkan Noraini mengalami benjol di bahagian kepala dan juga lebam pada lengan kirinya.

5 5
gambar hiasan

Menurut Sinar Harian, suaminya itu kemudian ditahan dan mengaku bersalah di hadapan mahkamah atas mencederakan isterinya dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama sebulan.

Lelaki itu pada awalnya merayu kepada mahkamah supaya dikenakan hukuman paling ringan atas alasan perlu menanggung keluarga, namun rayuannya itu ditolak dan mahkamah menyatakan bahawa penjara sebulan adalah hukuman paling wajar bagi kes tersebut.

1 10 E1497589931337
sumber : youtube

Radzuan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.

Sebab tu orang tua tua kata, dalam hal rumah tangga ni kena banyak bersabar dan bersikap toleransi. Jangan ada provokosi dan sikap panas baran…

Baca : Suami Pukul Isteri Mengandung Hingga Keguguran Dibelasah Bapa Mertua

6 1 E1497592047619

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.