in

GIVEAWAY!! Tiket Wayang Filem ‘Kuntilanak 2’ Untuk Dimenangi!

Featured 27
Lobak Merah
Lobak Merah
GIVEAWAY!! Tiket Wayang Filem 'Kuntilanak 2' Untuk Dimenangi!
Loading
/

Adakah korang ni jenis suka layan movie-movie yang bergenre seram dan mendebarkan, kalau YA meh sini admin nak payung tiket wayang kat korang!

Team Lobak Merah berbesar hati nak bagi sepasang tiket tayangan filem Kuntilanak 2 ! Yeahh filem yang sememangnya dinanti-nantikan bagi tahun 2019.

Selepas kejayaan movie pecah panggung Kuntilanak pada tahun lepas yang mencatatkan RM1.3 juta hanya di Malaysia, filem genre seram popular Indonesia kini tampil dengan sekuel kedua iaitu Kuntilanak 2 yang dijanjikan lebih seram dan bakal menghantui anda di pawagam!..mesti best kan!

So kat sini kami ada 60 pasang tiket untuk dimenangi! 

Kuntilanak

 

Sinopsis :

Kuntilanak 2 mengisahkan tentang seorang wanita bernama Karmila yang mengaku dirinya adalah ibu kandung Dinda, dia kemudiannya pergi ke rumah anak-anak yatim yang dihuni Dinda dan meminta Dinda melawatnya di dalam hutan. Namun pemilik rumah anak yatim itu iaitu Tante Donna tidak mengizinkan Dinda ke rumah Karmila, namun Dinda dan rakan-rakannya tetap pergi ke dalam hutan tersebut tanpa pengetahuan Tante Donna.

Akibatnya dia terperangkap di dalam rumah tersebut bersama adik-adik dan rakan-rakannya. Kejadian aneh mula berlaku dan lebih teruk lagi apabila Dinda terpaksa berdepan dengan kemunculan semula Kuntilanak yang pernah dikalahkannya dahulu? Bagaimana mereka berdepan dengan Kuntilanak tersebut yang katanya lebih kuat.

So macam mana nak dapatkan tiket ini? Korang mestilah:

1.Like FB & Instagram Lobak Merah
2.Tag kawan korang yang kaki movie dalam ruangan komen
3.Share kan post ini

Tu je! Bagaimanapun ia tertakluk pada terma dan syarat

Terma & syarat

  • Peraduan berakhir pada 21 Julai 2019, 11.59 PM
  • Setiap pemenang akan dapat 2 tiket
  • Berumur 18 tahun keatas. Dibawah 18 tahun takkan layak dapat Giveaway ini.
  • Pemenang akan dipilih secara rawak oleh Team Lobak Merah.
  • Hanya terbuka untuk standard seats.
  • Tidak boleh ditukarkan kepada tunai dan tak boleh non-entendable
  • Tiket percuma boleh ditebus pada 8.00PM, 16 Julai 2019 di TGV Cinemas, One Utama.
  • Segala info peribadi yang kami kumpulkan akan dikendalikan dengan baik mengikut polisi peribadi dan undang-undang privasi. Team LOBAK MERAH tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda yang dikumpulkan untuk peraduan ini kepada mana-mana pihak ketiga.
  • Sekiranya pemenang yang dipilih tidak dapat ambil dalam masa 12 jam selepas masa dihubungi atau selepas 3 percubaan untuk menghubungi, yang mana lebih awal,Team Lobak Merah  mempunyai hak untuk memilih pemenang lain dari penyertaan yang layak. Proses ini akan diteruskan sehingga tiket telah diberikan.
  • Kemasukan harus menggunakan nama pemenang, gambar, lokasi, pendapat dan / atau rakaman suara untuk tujuan publisiti tanpa pampasan, pertimbangan atau kebenaran tambahan, kecuali jika dilarang oleh undang-undang.
  • Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, kerosakan, dan tuntutan jika berlaku apa-apa pada tiket yang telah diberikan.
  • Lobak Merah mempunyai hak mutlak untuk meminda, menyemak dan / atau mengubah mana-mana terma dan syarat atau menukar mana-mana aspek pemberian pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dan tanpa memberikan apa-apa sebab.