in

Gilakan Kelainan, Wanita ‘Ubahsuai’ Lidah Dan Lukis Tatu Pada Anak Mata

Ft Carol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang ada minat yang berbeza untuk kelihatan menarik macam guna make up ke, aksesori  atau melalui cara berpakaian.


Berbeza dengan wanita ini, Carol Praddo seorang penindik dan pengubahsuai badan profesional, tubuhnya dipenuhi dengan pelbagai jenis tindik, tatu serta bahagian badan yang diubahsuai lapor DailyStar 

Capture .... 2

Ingin kelihatan berbeza, wanita daripada  São Paulo ini sanggup membelah lidahnya kepada dua sebab nak nampak macam cicak!

Tapi…kenapa nak nampak macam cicak, kucing kan comel? 

Minat Carol bermula sejak kecil lagi apabila dia dikatakan mengemari tatu, dan pada usia 16 tahun dia mendapatkan tindik buat pertama kali. 5 tahun selepas itu, dia mula mendapatkan tatu pula.

Kini dengan rupanya yang telah diubahsuai, Carol menggelarkan dirinya sebagai “Demon Woman”

Selain lidahnya yang terbelah dua, anak matanya juga ditatukan dengan warna merah, yang sebelumnya diwarnakan dengan warna kuning.

Namun dia tak nafikan prosedur mewarnakan bawah mata serta membelah lidah antara prosedur yang paling sakit pernah dia rasai.

Surprisingly prosedur mewarnakan anak mata dikatakan tidak sakit langsung.

Saya ubah warna mata saya kepada warna merah sebab saya rasa ia lebih sesuai. Saya dah lakukannya sebanyak dua kali, pertama kali saya warnakannya dengan warna kuning dan kali kedua saya pilih merah. Sebenarnya ia langsung tidak menyakitkan

Bercakap mengenai penampilannya, Carol akui dia terima pelbagai reaksi serta komen-komen negatif namun memilih untuk mengabaikannnya.

Rakan dan keluarga menghormati penampilan saya, itu yang paling penting, katanya.

Hmm ikut lah kreativiti masing-masing, asalkan tak mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri sudahlah…

 

Baca : Nak cantik punya pasal Wanita Ketepikan Risiko Semata-mata Nak Dapat Title Bibir Terbesar

Ft Bibir

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.