in

[VIDEO] Ebit Lew Bantu Janda Anak Satu Bertatu Dari Jakarta, Bawa Pulang Bekerja Di Malaysia

Ft Ebit Lew Mondy Tattoo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular kisah pendakwah terkenal, Ebit Lew yang berkongsi momen ketika dia berada di Jakarta, Indonesia untuk menghulurkan bantuan kepada seorang ibu tunggal bertatu yang tinggal dijalanan.


Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik ke akaun Instagramnya, dapat dilihat Ebit telah memberikan sedikit wang kepada wanita yang dikenali sebagai Mondy itu serta membelikan pakaian muslimah untuk wanita berusia 21 tahun itu.

Difahamkan, Mondy merupakan ibu tunggal yang menyara seorang anak kecil berumur 4 tahun dan dia bekerja sebagai penyanyi jalanan untuk mencari nafkah.

Setelah video tersebut menjadi viral, Ebit Lew telah menawarkan bantuan untuk mencarikan pekerjaan yang lebih sesuai buat Mondy memandangkan dia nekad untuk istiqamah berhijrah untuk menjadi wanita yang lebih baik.

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Ebit telah memuat naik sebuah hantaran yang memaparkan Mondy sedang memegang passportnya sebagai persiapan untuk dia datang ke Malaysia demi memulakan hidup baru.

Dalam pada itu, Ebit Lew turut mengucapkan selamat datang ke Malaysia kepada Mondy dan meminta orang ramai untuk mendoakan urusan Mondy dipermudahkan.

Netizen turut titipkan doa

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesanan dan doa kepada Mondy agar dia dapat kekal istiqamah dalam mengubah dirinya untuk menjadi wanita yang lebih baik.

Screenshot 25

Semoga urusan Mondy ni dipermudahkan!

Baca : “Unexpected collab” – Ramai Terkejut Ebit Lew Muncul Bersama TikToker Jepun Buat Video Masak

Ebit Lew Bersama Tiktoker Jepun 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.