Satu video viral di media sosial semalam dimana ada 2 orang wanita dilihat bergelut sehingga mendatangkan kecederaan. Menurut sumber, kejadian ini berlaku di Sungai Petani kira-kira jam 6.20 petang kelmarin.
Berikutan dengan penularan video tersebut, ia telah sampai ke perhatian pihak berkuasa dan mangsa sudah membuat laporan polis.
Suspek ditahan
Menerusi laporan Harian Metro semalam, kejadian itu berlaku di gerai mainan di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa yang berusia 18 tahun diserang oleh wanita bersenjatakan kunci kereta dan mengalami kecederaan di kening kanan akibat ditikam menggunakan objek tersebut.
Zaidy berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa berada di gerai kakaknya sebelum diserang suspek.
Suspek yang berusia 29 tahun dan bekerja sebagai operator kilang telah ditahan untuk siasatan lanjut.
“Setakat ini, siasatan awal mendapati punca kejadian dikatakan berlaku kerana suspek tidak berpuas hati dengan keluarga mangsa berhubung perniagaan.”
“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan mangsa sudah mendapatkan rawatan di hospital.”