in

Gadis Mangsa Sumbang Mahram Hamil 7 Bulan, Cadang Ingin Jaga Anaknya Sendiri

Pregnant 19Yo Raped By Father Uncle And Grandfather Wants To Raise Baby On Her Own World Of Buzz 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Oleh kerana kerakusan empat orang lelaki, seorang gadis yang berusia 19 tahun kini hamil anak hasil dari sumbang mahram. Gadis tersebut bersama adiknya yang berusia 14 tahun, masing-masing telah menjadi mangsa seksual kepada datuk, bapa dan dua orang pakcik mereka sejak enam tahun lalu.

Perkosa 2
gambar hiasan

Mangsa yang kini sarat mengandung tujuh bulan telah membuat keputusan untuk tidak memberikan anaknya kepada orang lain, malah berniat untuk menjaganya sendiri. Hasrat ini telah disambut baik oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Fatimah Abdullah, lapor NST.


Menurut Fatimah, apa yang telah berlaku ke atas mangsa merupakan pengalaman yang sangat menyakitkan dan penuh trauma, namun mangsa kini sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu.

Penjualan Anak 3
gambar hiasan

“Dia memberitahu kepada pegawai kebajikan yang dia mahu menjaga anaknya sendiri dan dia tidak akan memberinya kepada keluarga angkat. Jadi kami sekarang sedang mencari bantuan yang boleh diberikan kepada gadis itu dan anaknya yang bakal lahir nanti,” kata Fatimah lagi.

Mangsa kini difahamkan tinggal di pusat pemulihan dekat Taman Seri Puteri, Telaga Air bersama mangsa-mangsa yang mempunyai masalah yang hampir sama sepertinya. Ibu dan bayi di dalam kandungan kini stabil serta pegawai kebajikan dari semasa ke semasa akan membawanya untuk pemeriksaan lanjut sehingga dia bersalin nanti. Syukurlah! 

Sementara itu, adiknya yang berusia 14 tahun pula akan tinggal di rumah kanak-kanak atas arahan mahkamah. Buat masa ini, dia masih belum pulang ke rumah dan akan dihantar pulang jikalau situasi di sana sudah selamat dan selesa untuk ditinggal mangsa.

Manakala keempat-empat suspek iaitu datuk mangsa yang berusia 57 tahun serta tiga orang anaknya telah dijatuhkan hukuman penjara selama 335 tahun di atas kesalahan melakukan sumbang mahram kepada dua orang cucu selama enam tahun di Serian.

Dipenjarakan Dengan Pasal Penipuan Dan Penggelapan
gambar hiasan

Mujurlah gadis itu memilih jalan yang betul dan tidak membuang anaknya seperti mangsa yang lain. 

Baca: Dua Beradik Dirogol Bapa Kandung, Datuk dan Dua Bapa Saudara Sejak 6 Tahun Lalu

Rogols 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.