in

‘Founder’ Kelantan Disiasat Anjur Majlis Hari Jadi Tema Bunian, Boleh Berdepan Penjara & Denda RM5,000

Founder Kelantan Tema Bunian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai seorang usahawan dan pempengaruh media sosial dari Kelantan menganjurkan majlis sambutan hari jadi bertemakan ‘perkampungan bunian’ yang mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.

Acara yang dikatakan menelan belanja RM500,000 itu turut mendapat perhatian pihak berkuasa agama berikutan disyaki bercanggah ajaran Islam.


Menurut sumber, kertas siasatan kini berada di peringkat akhir pengendalian Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

Katanya, wanita itu boleh berdepan denda hingga RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya Mahkamah Syariah mendapati beliau bersalah kerana menggalakkan perbuatan yang dianggap bercanggah dengan ajaran Islam melalui penganjuran majlis berkenaan.

“Ketika ini, kertas siasatan berada pada peringkat akhir oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dan sebaik sahaja ia lengkap, ia akan diserahkan kepada Ketua Pendakwa Syarie.

“Jika pendakwa syarie bersetuju, kes itu akan difailkan di Mahkamah Syariah untuk pertuduhan mengikut Seksyen 12 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan,” katanya.

713789298 1545419356950823 5376630393664531395 N

Artikel berkaitan: Usahawan Akur Lepas Ditegur Kufur Nikmat Oleh Mufti Kelantan Sebab Sambut Hari Jadi Tema Bunian

Artikel berkaitan: Dulu Hadiahkan Vellfire, Tahun Ini Usahawan Beri Anak Pop Mart Selori Untuk Hari Lahir

Difahamkan, JAHEAIK akan memanggil saksi-saksi lain jika pihaknya memerlukan maklumat tambahan bagi membantu siasatan.

Di bawah Seksyen 12 enakmen tersebut, mana-mana individu yang menasihati, menggalakkan atau menghasut orang lain untuk melakukan perbuatan yang dianggap tidak bermoral atau bertentangan dengan ajaran Islam melakukan suatu kesalahan dan, jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, JAHEAIK telah memanggil usahawan terbabit untuk memberi keterangan berhubung acara tersebut kerana dipercayai mengandungi unsur-unsur yang dianggap tidak selaras dengan ajaran Islam.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.