in

FAKTA : Ini Sejarah Penciptaan ‘Smiley’ Yang Ramai Tak Tahu!

Harvey Ball Smiley Creator

Simbol ‘smiley’ atau ikon bewarna kuning yang mempunyai dua titik dan satu garisan melengkung yang biasanya digunakan hari ini sebagai tanda atau menunjukkan reaksi ‘senyum’ ini rupa-rupanya ada sejarah penciptaannya yang tersendiri. 

Ikon smiley Smiley Smilekalau mengikut sejarah kewujudannya dicipta pada tahun 1963 di Worchester, Massachusetts oleh seorang pereka grafik bernama Harvey Ball yang didatangi oleh sebuah syarikat yang meminta beliau untuk mencipta sesuatu untuk menaikkan semangat moral para pekerja syarikat tersebut. 

Selepas sepuluh minit, Harvey mengambil pen dan kertas dan terus melukis satu bulatan dan meletakkan dua titik sebagai mata dan satu garisan melengkung untuk menandakan senyuman diatas kertas berwarna kuning. 

Harvey Ball
Bermula daripada itu, syarikat berkenaan terus mencetak ribuan papan tanda selain membuat pin butang menggunakan ikon tersebut untuk diberikan kepada semua pekerja sebagai sebahagian daripada kempen untuk meningkatkan moral pekerja di syarikat tersebut. 

Namun, sejak tahun 1970 dan keatas, banyak pihak cuba untuk mendapatkan cap dagangan untuk ‘smiley’ kerana nilai yang dibawakan oleh ikon tersebut. Oleh kerana terlalu ramai yang ingin ‘menumpang’ populariti ikon tersebut selain ia telah menjadi terlampau komersial, Harvey telah mengumumkan tarikh 1 Oktober setiap tahun sebagai ‘Hari Senyum Sedunia’. 

“Hari senyum sedunia yang pertama disambut pada 1 Oktober 1999”

Img 4048

Difahamkan, sehingga hari ini, sambutan hari senyum sedunia akan disambut di serata dunia selain ada pelbagai aktiviti yang sering dilakukan setiap tahun oleh Yayasan Senyuman Dunia Harvey Ball yang ditubuhkan pada 2001 selepas kematian Harvey.

Ikon Yang Tak Akan Mati

Kalau diikutkan, besar peranan yang dimainkan oleh Harvey ini, sehingga hari ini, boleh kata setidaknya kita akan gunakan ikon smiley ini dalam perbualan Whatsapp dan sebagainya. Kadangkala, dengan satu lukisan ‘smiley’ sahaja mampu membuatkan seseorang tersenyum.

Walaupun sekarang, kita susah nak nampak orang membalas atau memberikan senyuman (kerana tersembunyi disebalik pelitup muka), namun kita mesti dapat baca atau agak dari riak wajah seseorang yang sedang mengukirkan senyuman kepada kita.

Sebut pasal senyuman ni, baru-baru ni pun keluar cerita yang pemandu-pemandu di’kejutkan’ dengan papan tanda besar bewarna ungu yang mengingatkan mereka untuk senyum ketika memandu.

My Senyum Mcis Billboard

Bila kitorang buat pencarian lanjut ke laman web yang tertera pada papan tanda tu, rupanya ada satu peraduan yang berkaitan dengan senyuman! 

Difahamkan, korang akan berpeluang untuk menang sehingga RM1,500 hanya dengan senyuman! 

Caranya adalah dengan sertai cabaran #MySenyum anjuran MCIS Life di laman web ini, pastikan akaun instagram korang disetkan kepada ‘public’ ye. Selain itu, korang kena ikuti langkah-langkah yang tertera di bawah ni ye :

Image001

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan #MySenyum, boleh layari laman web rasmi MCIS Life di sini, atau terus ke Facebook dan Instagram MCIS.

Sumber: Reddit
Sumber: WSD
Sumber: MCIS