in

“Terus auto senyum” – Ramai Pemandu Terus Tersenyum Gara-Gara Ternampak Papan Iklan Warna Ungu

Mcis My Senyum Campaign

Situasi tersangkut dalam kesesakan lalu lintas adalah perkara biasa yang perlu dilalui oleh orang ramai terutama oleh mereka yang memandu sendiri kenderaan ke pejabat.

Namun, baru-baru ini perjalanan harian mereka ini seakan-akan berubah selepas ‘kemunculan’ papan tanda iklan bewarna ungu yang boleh ditemukan ditepi jalan raya bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia.

Menerusi gambar yang tersebar, papan tanda bewarna ungu tersebut mempunyai hanya sebaris perkataan iaitu “#MySenyum Detik Keriangan Bersama” dan disertakan dengan pautan laman web.

Menurut penjelasan pengiklan, papan tanda ungu berkenaan sebenarnya sebahagian daripada kempen pemasaran daripada MCIS Life yang membawakan mesej peringatan untuk semua rakyat Malaysia untuk sentiasa mengukirkan senyuman.

Mcis Mysenyum Installed Pictures 091221 V2 Page 03 Mcis Mysenyum Installed Pictures 091221 V2 Page 11

“Kuasa senyuman adalah dalam bentuk memberi dan berkongsi kegembiraan, dan melalui ekpresi yang mudah ini, kita boleh menaikkan mood dan pengalaman orang lain.”

Menurut Ketua Pegawai Operasi MCIS Life, En. Prasheem Seebran, kempen terbaharu ini diadakan dalam usaha mereka untuk memacu orang ramai supaya memberikan perubahan kepada diri sendiri, keluarga, rakan mahupun masyarakat dan perkara ini sangat mudah untuk dimulakan iaitu melalui senyuman.

Tambah beliau lagi, senyuman secara semulajadi telah menyatukan pelbagai lapisan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan perbezaan pendapat, ianya tetap akan diraikan.

Mcis Mysenyum Landing Page Coming Soon 131221@8.00Pm

Sehubungan dengan itu, ketua pegawai operasi berkenaan turut mengumumkan peraduan #MySenyum yang akan bermula pada 28 Januari 2022 yang mana akan memberikan ‘ganjaran’ kepada rakyat Malaysia melalui senyuman saahaja.

Orang ramai yang melayari laman web #MySenyum nanti (28/1/2022) akan diminta untuk senyum dan kemudian riak muka gembira tersebut akan dikongsi secara online yang kemudiannya berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM40,000 setiap minggu dan pada minggu terakhir bulan Februari 2022 nanti.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, boleh layari laman web MCIS atau ikuti laman sosial MCIS Life di Facebook dan juga Instagram (@MCISLifeMY).

Sumber: MCIS
Sumber: MCIS
Sumber: MCIS