in

“Emak emak diciduk” – [VIDEO] Syok Menari Tiktok Atas Jambatan Sambut Birthday, 3 Makcik Kena Tangkap Polis Lepas Viral

Tiktok Yuk

Baru-baru ini, video TikTok tiga orang wanita bergelar ibu dari Surabaya, Indonesia viral di internet dan mendapat perhatian ramai. Melalui video itu, ketiga-tiga mereka dilihat memakai pakaian yang sama, seragam berwarna kuning.

Mereka dirakam menari video TikTok berlatar belakangkan lagu hindustan bertajuk Le Gayi dari filem Dil To Pagal Hai. Video itu mula dimuat naik oleh akaun Instagram @aslisuroboyo dan apa yang membuatkan ramai terhibur adalah kerana mereka sanggup menari di tepi jalan raya dekat atas Jambatan Suramadu yang terletak di Jawa Timur.

 

Kena tangkap polis trafik

Selepas video itu viral di internet dan sampai ke pengetahuan pihak polis, ketiga-tiga wanita tersebut dilaporkan ditahan dan dipanggil untuk lapor diri di balai untuk memberi keterangan lanjut pada Sabtu lepas (4 Julai).

Ibu2

Ibu3

Menurut Detik, ibu-ibu bernama Hurrimah, Lilik Rupiati dan Siri Suriya itu mengaku merakamkan video tersebut secara spontan kerana menyambut hari lahir salah seorang daripada mereka. Ketua Balai Polis Pelabuhan Tanjung Perak, Ganis Setyaningrum berkata,

Mereka mengaku meraikan hari lahir salah seorang di Songkem Bangkalan, Madura dengan menyewa sebuah teksi.”

Ketika melalui jambatan Suramadu, mereka secara spontan meminta pemandu teksi berhenti dan turun untuk merakamkan video TikTok tersebut.”

 

Tak tahu tak boleh berhenti atas jambatan, kena buat surat penjelasan

Ketiga-tiga ibu itu juga mengaku tidak tahu menahu bahawa tidak dibenarkan berhenti dan melakukan apa-apa aktiviti sekali pun termasuklah selfie di atas jambatan Suramadu berkenaan.

Ibu1

Menurut Ganis lagi, mereka juga telah didenda sebanyak 500,000 Rupiah (RM147.64) dan diarahkan untuk membuat surat penjelasan serta permohonan maaf tentang kejadian itu. Hurrimah mewakili kumpulan itu berkata,

Saya minta maaf untuk masyarakat Indonesia terkait apa yang sudah kami bertiga lakukan. Mohon untuk tidak ditiru karena sangat membahayakan diri sendiri maupun orang lain.”

Baca: “Boleh mati terus kalau terjatuh” – Demi Buat TikTok, 2 Remaja Risiko Nyawa Berlari Atas Runtuhan Istana Tinggi 60 Kaki

Rakam Tiktok

Sumber: Le Portale
Sumber: Le Portale