in

“Duit punya pasal…” – Lelaki Kena Belasah Dengan Suami ‘Ex Girlfriend’ Sebab Minta Pinjam RM20

Teruk Dibelasah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Duit punya pasal..." - Lelaki Kena Belasah Dengan Suami 'Ex Girlfriend' Sebab Minta Pinjam RM20
Loading
/

Punyalah ramai orang, ex girlfriend juga yang dia cari….


Seorang lelaki dari Kemaman, Terengganu teruk dibelasah akibat nak pinjam duit daripada bekas kekasih dia, lapor Awani. Kejadian berlaku di Kampung Batu Satu, Kemaman di mana lelaki tersebut telah datang ke rumah bekas kekasih kira-kira jam 4.30 petang hari Ahad lepas.

S1

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Said Ibrahim, pemuda itu berniat untuk meminjam wang sebanyak RM20 daripada bekas kekasih. Namun, sebaik tiba di perkarangan rumah wanita itu, suaminya yang menyambut kedatangan dia.

Bengang dengan lelaki itu, suami bekas kekasih dan adik lelakinya terus bertindak menyerang dia. Mangsa teruk dibelasah kedua-dua suspek di dalam sebuah longkang berdekatan.

Salah seorang saksi merakam kejadian tu dan kini video tersebut dah tersebar di Facebook. Dalam video tu, boleh nampak kedua-dua suspek menumbuk  muka dan memijak badan mangsa berkali-kali.

S6

S3

Mangsa yang terperosok di dalam longkang menjerit-jerit kesakitan dengan keadaan muka dia yang berdarah dengan t shirt yang dah terkoyak.

Sakit…sakit…”

Orang sekeliling kemudian didengari menyuruh suspek berhenti dan dia kemudian menengking mangsa untuk keluar dari longkang.

Keluarlah! Kau nak pergi mana?! Keluar!”

S2

S4

Mangsa yang berusia 20 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan akibat dibelasah dan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berkenaan insiden itu.

Tonton video kejadian di bawah:

Baca: “Langgar orang sampai mati pun ada” – Cerita Disebalik Orang OKU Dibelasah Oleh Orang Kampung

Langgaroku4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.