in

Dua Guru Prihatin Jemput Anak Murid Tidak Hadir Hari Pertama UPSR Gara-gara Baju Basah

Page 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika semua murid sedang sibuk menduduki peperiksaan UPSR, seorang calon tidak bernasib baik kerana tidak dapat hadir ke peperiksaan UPSR disebabkan pakaian seragam sekolahnya basah.


Namun nasib pelajar itu telah diselamatkan oleh dua guru prihatin yang sanggup menjemputnya di rumah untuk memastikan dia dapat menduduki peperiksaan.

21462871 537694719903537 5058932006199842686 N
sumber: facebook

Menurut MStar, dua guru yang disifatkan sebagai hero itu merupakan guru penolong kanan (pentadbiran), Mohd Ali Hanafiah, 47 dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Khairul Nizam Aseh, 33.

Menurut Guru Besar dari Sekolah Kebangsaan Paya Bungor itu, ketiadaan murid yang dikenali sebagai Noraina, 12 tahun disedari sewaktu perhimpunan sekolah pada jam 7.15 pagi.

“Noraina ada pasangan kembar di sekolah. Adiknya beritahu dia tidak hadir ke sekolah kerana baju sekolahnya basah.”

Tatkala mendengar berita tersebut, kedua-dua guru berkenaan kemudian bergegas ke rumahnya untuk memastikan keadaan pelajar itu.

21557464 537694709903538 3792936482836596399 N
sumber: facebook

Menurut Guru Besar sekolah berkenaan, Baharnizam Baharudin, sebenarnya baju sekolah pelajar tersebut basah kerana disidai di luar rumah selepas dicuci dan malam sebelumnya itu hujan lebat.

“Jadi, bukanlah murid berkenaan tak ada baju sekolah, cuma bajunya tak sempat kering. Bagaimanapun, dua guru kami sempat bantu mendapatkan baju ganti untuknya.

“Nawaitu kami adalah memastikan setiap murid berpeluang untuk berusaha mencapai kejayaan dalam hidup. Kami beri sokongan kepada dia.”

21557758 537694736570202 4057419457820164084 N
sumber: facebook

Mujur Noraina sempat menukar bajunya dan menduduki peperiksaan UPSR bersama rakan-rakannya yang lain. Yelah kan sayang pula kalau terlepas peperiksaan yang penting sebegini.

Bukan senang nak jumpa guru yang sanggup datang ke rumah dan bawa baju ganti. Kami respek dua guru berkenaan!

Baca: Pelajar Semangat Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Sedih Selepas Dapat Tahu Guru Meninggal Dunia 

Capture 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.