Pelajar Semangat Mahu Beri Hadiah Pada Guru Sedih Selepas Dapat Tahu Guru Meninggal Dunia

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sepanjang minggu ini, pelbagai kisah Hari Guru mewarnai media sosial tak kiralah sama ada ia kisah berinspirasi mengenai Huda dan Ustazah Jamaliah mahupun kisah kegigihan Cikgu Ahmad Saidin dalam menempuhi cabaran ke sekolah setiap hari.

Namun hari ini, kita disajikan dengan kisah sedih. Kisah seorang pelajar yang tidak sempat memberikan hadiah Hari Guru buat cikgunya yang meninggal dunia pada sebelah petang selepas sambutan Hari Guru.

Sumber: Facebook

Melalui perkongsian Muhammad Suharimi di laman Facebook, Cikgu Anuar Sadat meninggal dunia kira-kira dalam jam 7 petang setelah tiba-tiba rebah ketika bermain bola di sekolah. Menurutnya, pada sebelah pagi iaitu semasa sambutan Hari Guru berlangsung, Anuar kelihatan ceria dan sempat berborak dengannya di kantin.

Dalam pukul 7, aku dikejutkan dengan berita pemergian mengejut Cikgu Anuar Sadat. Tiba-tiba jatuh ketika bermain bola di sekolah. Pagi tadi kami sama-sama berborak-borak di kantin sekolah dan makan semeja di hotel. Tanpa kusedari air mata mengalir…”

Sumber: Facebook

Semasa menghadiri pengebumian arwah Cikgu Anuar di Cheras Baru keesokan hari, Suharimi didatangi seorang murid bernama Intan bersama ibunya. Ibu kepada murid tersebut menghulurkannya sebuah beg kertas sambil menjelaskan,

Inilah hadiah untuk Cikgu Anuar, ustaz. Semalam Intan tak sempat nak bagi sebab sibuk dengan persembahan.”

Sumber: Facebook

Suharimi yang tidak dapat menahan sebak terus berlalu meninggalkan ibu dan anak tersebut dengan begitu sahaja sebelum kata-kata ibu itu dihabiskan. Walau bagaimanapun, dia sempat menyatakan maafnya dalam perkongsian tersebut oleh kerana emosinya yang tidak terkawal.

Perkongsian yang telah dikongsikan ke laman Persatuan Makcik Puaka mendapat pelbagai respon dari netizen yang rata-rata sedih dan bersimpati dengan apa yang berlaku.

Antara amalan yang dapat membantu di dalam kubur, selain bersedekah dan doa anak-anak soleh dan solehah adalah ilmu yang bermanfaat. Manfaatkan ilmu cikgu itu, ada hadiah untuk dia di sana.”

Banyak pengorbanan yang telah Cikgu Anuar sumbangkan bukan saja pada murid-murid malah pada ibu bapa.”

Semoga roh arwah Cikgu Anuar tenang di sana. Kepada anak murid arwah, jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah buat cikgu. Takziah. 

Baca: Guru Dihidangkan ‘Shell Out’ Istimewa Sepanjang 156 Meter Oleh Pelajar Sempena Hari Guru 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!