Mesti seronok kan kalau ada wayang sendiri dekat rumah? Tak payah dah nak bersesak-sesak dengan orang luar kalau nak tengok movie lepas ni.
Percaya atau tidak, gadis berusia 22 tahun ini yang bernama Nur Fatihah Hassan berjaya menunaikan impiannya untuk buat bilik wayang sendiri di biliknya pada penghujung tahun lalu.
Gadis yang lebih mesra dipanggil sebagai Fatihah ini bercerita kepada mStar yang dia sudah lama menyimpan idea tersebut sebelum berjaya dilakukan selepas dia tamat pengajian tahfiz di Kelantan selama tiga tahun.
Siap boleh solat tarawikh
Disebabkan kawan-kawan semua jauh dan family semua kerja, Fatihah agak kebosanan so dia buat untuk tunaikan impiannya untuk buat bilik wayang bertemakan hutan dengan sendiri.
“Keluarga saya pun jenis suka buat barang sendiri. Jadi saya beli segala benda yang perlu dengan kos RM 1,000 lebih sahaja.”
Bukan bilik untuk tengok wayang sahaja, Fatihah turut jadikan bilik tersebut sebagai ruang solat. Sempena bulan Ramadhan, dia selalu juga bersolat tarawikh dalam bilik itu. Lagi-lagi sekarang kita tengah berperang dengan wabak Covid-19, lagi selamat kalau solat di rumah sahaja kan?
@nurfatihah_9
Fuh, memang lain macam feel dia solat dalam bilik tu.
Paling best, ada pancaran lampu ke siling bilik yang memaparkan kalimah Allah. Fuh, memang lain macam feel dia solat dalam bilik tu.
“Sesetengah orang yang masuk bilik ni pun mereka kata seronok, macam tak nak balik.”
Kan best macam ni, dua dalam satu. Boleh tengok movie lepas tu boleh juga solat dalam bilik yang sama. Orang kata baru lah seimbang dunia dan akhirat gitu.
Sumber: mStar, awekkimchiperlis
Baca:Panggung Wayang Kembali Dibuka! Ini ‘Seat Arrangement’ Kalau Korang Nak Tengok Movie di GSC