in

Panggung Wayang Kembali Dibuka! Ini ‘Seat Arrangement’ Kalau Korang Nak Tengok Movie di GSC

Feature 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah lama ditutup untuk mengurangkan penularan Covid-19, akhirnya panggung wayang di Malaysia dibuka semula pada 5 Mac lalu. Untuk kaki wayang yang dah lama tak menapak ke cinema, akhirnya korang dah boleh menghela nafas lega.


Wayang 7
Gambar sekadar hiasan

Namun, memandangkan kita masih lagi dalam pandemik, para penonton diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan. Jadi, kali ini, pihak GSCinemas telah mengeluarkan pelan baru seating arrangement dalam pawagam mereka.

Menerusi perkongsian GSC di Twitter, tempat duduk single berwarna putih adalah untuk mereka yang datang menonton filem sendirian atau bersama kawan. Manakala, tempat duduk twin berwarna pink pula dikhaskan untuk ahli keluarga yang datang dari rumah yang sama.

Kesemua tempat duduk juga dijarakkan jadi tak ada orang lain yang duduk di belakang kita ketika menonton. Rasanya dah tak ada orang yang boleh tendang seat kita dari belakang dah. Baru lah syok nak fokus tengok movie kan. 

Photo6203842266800434285 1

Bukan itu je, kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah dan mereka yang berumur lebih 60 tahun juga tidak digalakkan untuk datang menonton wayang.

Rata-rata netizen dilihat menyambut baik seating arrangement yang telah disediakan oleh pihak pengurusan.

Wayang 2

Pihak GSC juga ada jelaskan bahawa korang perlu bawa dokumen yang boleh membuktikan yang korang tinggal di rumah yang sama. Difahamkan, boleh bawa kad pengenalan, surat yang beralamat sama, bil air atau sebarang bil utiliti lain sebagai bukti.

Wayang 3

Ada juga netizen yang bekerja di panggung wayang lain mengatakan untuk mereka yang sudah berkahwin pula, boleh tunjuk gambar kahwin just in case kad kahwin masih belum ada.

Wayang 4

SOP yang sama juga turut dilaksanakan di TGV Cinemas.

Photo5912313308520754215

Walaupun korang tengah syok tengok movie, jangan lupa SOP dan pakai mask tau. Selamat menonton! 

Baca: “Elakkan zina” – Kerajaan Terengganu Buat Syarat ‘Pengasingan Jantina’ Di Panggung Wayang

Wayang

Sumber: BERNAMA.com
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.