Tatkala kita kekal dirumah bagi memutuskan rantaian Covid-19, kebajikan jiran yang tinggal berdekatan dengan kita juga harus dipantau. Lebih-lebih lagi bila ada sesuatu kecemasan yang berlaku.
Ada satu kejadian di satu apartment baru-baru ini dan jiran dari blok lain memanggil bomba untuk mengurusakan kecemasan itu. Disangkakan rumah jiranya terbakar kerana nyalaan api yang sangat terang, tapi lain pula yang berlaku lepas bomba sampai di tempat kejadian. Korang tengok rantaian tweet @iamajayrahman kat bawah ni untuk tahu apa yang pihak bomba jumpa.
https://twitter.com/iamajayrahman/status/1408651895443312641?s=21
Bukan rumah terbakar, tapi…
Min ingatkan apa lah tadi yang marak menyala sangat tu. Ingatkan dapur terbakar ke apa, rupa-rupanya…
Kalau tengok barang-barang yang dijumpai bomba ni memang sah lah bukan rumah terbakar. Seakan-akan ada ritual yang dilakukan. Persoalannya sekarang, ritual apa?
Menurut penulis tweet tersebut, katanya ritual yang dilakukan adalah ritual santau. Min terpaksa blurkan muka dan nama mangsa untuk ritual ini untuk kebaikkan dan elak fitnah.
Dikatakan juga pelaku ritual itu telah diberkas pihak berkuasa. Min harap dia tak sempat lah selesaikan ritual tu sebelum pihak berkuasa datang. Kalau tak, entah apa lah nasib mangsa-mangsa tu kan.
Reaksi Netizen
Rata-rata netizen merasakan apa yang dilakukan suspek sangat tidak bertamadun dan tak kurang juga ada yang marah akannya.
Min pun takut weh. Bukan tak percaya, tapi zaman nabi dulu pun ada sihir-sihir ni. Seram pulak.
Betul, min pun tertanya gak. Jangan pilih jalan mudah. Kalau sesuatu benda tu bukan milik kita, Tuhan akan gantikan dengan yang lebih baik. Santau bukanlah short-cut untuk mendapatkan sesuatu yang kita hajati.
Itu lah, sebab tu kot bomoh dulu tinggal berjauhan dari orang ramai. Dah buat benda salah, mestilah tak nak kantoi dengan orang ramai kan.
Sebelum baca thread ni pun min ingatkan lampu sunset yang terang tu. Lepas baca semuanya baru tahu.
Harap kita dijauhkan daripada menjadi mangsa santau dan minta jauh juga dari fikiran kita untuk jadi orang yang hantar santau.
Baca: Kerajaan Digesa Wujudkan Undang-undang Jenayah Ilmu Hitam