in ,

Kerajaan Digesa Wujudkan Undang-undang Jenayah Ilmu Hitam

Sihir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi membela nasib kekejaman ‘dari jauh’ akibat sihir ilmu hitam, Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (Accin), Ab Razak Mahadi meminta agar kerajaan mengambil langkah proaktif bagi menyegerakan pelaksanaan undang-undang jenayah sihir di Malaysia


Ia bertujuan untuk mengekang fenomena ilmu hitam itu daripada terus memporak-perandakan kehidupan masyarakat, lapor Sinar Harian.

Menurut sumber lagi, golongan yang sering terpalit dengan ilmu hitam ini biasanya berlaku dalam kalangan peniaga, pasangan suami isteri, artis, ahli politik dan tokoh korporat.

Tanda Kena Santau

Sementara itu, Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan bahawa obses orang kita terhadap amalan tahyul dan syirik menyebabkan ramai orang rugi berjuta-juta ringgit setiap tahun kerana ditipu bomoh.

Kata Ab Razak Mahadi lagi, ilmu sihir ini memang tak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dibuktikan menerusi cara forensik dan kepakaran pihak berkuasa.

“Perbuatan sihir berlaku dalam masyarakat dari dulu hingga sekarang, cuma untuk membuktikan wujudnya unsur jenayah tersebut, itu yang dilihat masih sukar terutamanya untuk dibawa ke mahkamah.”

“Justeru, Accin berpendapat undang-undang jenayah sihir digubal segera dengan memperincikan kaedah penyiasatan dan pembuktian.

Dua Jenis Santau

Dalam pada itu, peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad berkata, undang-undang jenayah sihir boleh diwujudkan sekiranya kekangan awal seperti kaedah untuk pihak pendakwa membuktikan wujudnya elemen sihir dapat diselesaikan.

“Selain itu, di peringkat awal ini mungkin kita akan berdepan kesukaran mencari pakar yang hendak menentukan sama ada orang ini terkena sihir atau sebaliknya, kecuali orang yang melakukan sihir itu sendiri mengaku.

“Bagi saya, tidak mustahil undang-undang jenayah sihir diwujudkan kerana negara Brunei sudah pun perkenalkan kesalahan jenayah sihir ini di bawah Seksyen 152 Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah Brunei Darussalam.”

 

Baca : “Cukup lah tu.. saya merayu, demi Anas & Aneesa” – Kongsi Gambar Jarum Penuh Darah, Bapa Fattah Anas Kena Santau?

Anas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.