in

Dakwaan R*hingya Guna Pasport Bangladesh Dalam Video Pempengaruh, Ini Respon Saifuddin

Saifuddin Rohingya Pasport Bangladesh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan mengulas lanjut dakwaan seorang lelaki etnik Rohingya menggunakan pasport Bangladesh untuk keluar dari negara ini kerana tiada bukti kukuh berhubung perkara itu.

Menurut beliau, sebarang dakwaan perlu disertakan bukti yang jelas sebelum pihaknya boleh memberikan maklum balas.


“Saya tak mahu respon kepada khabar atau dakwaan. Kalau ada suatu hujah yang kuat, bukti yang terang, baru saya boleh respon.

“Tak ada dalam pengetahuan saya tentang masalah ini,” katanya.

Artikel berkaitan: Persetujuan Hantar Pulang 5,000 Warga Myanmar, Fasa Pertama 1,500 Orang Mula Dihantar

Artikel berkaitan: “Tak pasti, jangan kongsi” – KKM Jawab Dakwaan Wanita R*hingya Cuba Tukar Bayi Di Hospital

Terdahulu, YouTuber Isa Isarb memuat naik kandungan melawat perkampungan etnik Rohingya di Cox’s Bazar dan menemu bual lelaki yang mengaku menggunakan pasport Bangladesh untuk keluar dari Malaysia.

Screenshot 2026 10 12 112350

Dalam temu bual tersebut, lelaki itu mengakui tidak mempunyai kad UNHCR ketika berada di Malaysia.

Dia turut mendakwa meminta bantuan ibu bapanya yang berada di Bangladesh untuk menyediakan pasport bagi membolehkannya pulang ke negara berkenaan.

Perkongsian video tinjauan yang bertajuk Kami Pergi Ke Kampung Rohingya itu telah meraih 3.3 juta tontonan serta mendapat pelbagai reaksi netizen yang menyuarakan kebimbangan terhadap aspek keselamatan dan menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan mengenai dakwaan terbabit.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.