Kementerian Dalam Negeri (KDN) rasmi mengumumkan peralihan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ke era digital secara sepenuhnya bagi meningkatkan kepantasan sistem penyampaian serta membasmi isu integriti.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu membolehkan semua urus niaga melibatkan hampir 200,000 pertubuhan dan NGO di Malaysia dilakukan secara dalam talian tanpa perlunya interaksi bersemuka.

Sistem penyampaian agensi KDN turut mencatatkan pelbagai penambahbaikan berimpak tinggi:
-
Aduan IPCC Dalam Talian: Orang ramai kini boleh mengemukakan aduan salah laku polis secara terus menerusi peranti masing-masing.
-
Tapisan Keselamatan PDRM: Proses semakan keselamatan kini selesai dalam tempoh 15 minit sahaja berbanding beratus hari sebelum ini.
-
Inisiatif MEKAR Didik: Berjaya menyelesaikan isu dokumentasi dan pengenalan diri 13,000 kanak-kanak bersekolah dalam tempoh kurang sembilan bulan.
Artikel berkaitan: Isu Pelarian Tidak Boleh Dibiar Berlarutan, KDN Mahu Penyelesaian Menyeluruh
Artikel berkaitan: Sejarah Tercipta Selepas 69 Tahun, Anak Wanita Malaysia Lahir Di Luar Negara Dapat Hak Sama Rata
Mengulas isu tindakan tatatertib polis, beliau menegaskan penahanan 12 pegawai kanan PDRM berhubung kes pemerasan ugut warga asing baru-baru ini membuktikan Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dengan salah laku warganya sendiri.

Mengenai dakwaan integriti IPCC pula, beliau menjelaskan sebanyak 1,635 aduan diterima sejak 2023 hingga 24 Julai 2026.

Bagi tahun 2026 sahaja, sehingga 24 Julai, jumlah aduan yang diterima ialah 372 aduan dengan 76% daripadanya telah selesai. Majoriti aduan yang diterima adalah berpunca daripada ketidakpuasan hati pengadu yang tidak menerima maklum balas siasatan awal.

Beliau turut mempertahankan cadangan pindaan Akta Penjara bagi memberi perlindungan kepada pegawai yang menjalankan tugas secara suci hati, sambil menepis tanggapan bahawa ia bertujuan memberi kekebalan undang-undang kepada pihak penjara.
Sumber: KDN
