in

“Coklat orang buat kuih ni” – Salmonella Dikesan Dalam Kilang Coklat Terbesar Dunia

Coklat Salmonella

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Coklat merupakan salah satu bahan yang paling banyak digunakan dalam bidang masakan, termasuk pembuatan kuih serta biskut.



Baru-baru ini, telah disahkan Bakteria Salmonella ditemui di kilang coklat terbesar yang dikendalikan oleh syarikat gergasi Switzerland, Barry Callebaut, di Wieze, Belgium.

1 Factory

“Barry Callebaut memaklumkan pihak berkuasa makanan Belgium (FAVV) mengenai kejadian itu dan telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghentikan semua pengeluaran coklat serta menyekat semua produk yang dikeluarkan selepas ujian. 

Kami sedang menghubungi semua pelanggan yang mungkin telah menerima produk yang terjejas. Pengeluaran coklat di Wieze akan kekal digantung sehingga diberitahu kelak,” tulisnya dalam laman web rasmi

Difahamkan, Kilang Wieze tidak membuat coklat untuk dijual terus kepada pengguna dan mereka tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana barangan tercemar yang dibuat oleh pelanggan sudah sampai ke rak kedai.

Sebagai info, Switzerland Barry Callebaut membekalkan produk koko dan coklat kepada banyak syarikat, termasuk syarikat yang besar dalam industri makanan seperti Hershey, Mondelez, Nestle atau Unilever.

Harap tak sampai ke Malaysia…

Sumber: Reuters

Baca: Coklat Dijangka Jadi Makanan ‘Mewah’  Menjelang 2030, Bakal Pupus Pada 2050 

Coklat Bakal Pupus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.