in

“Cepat sambung balik ikatan yg terputus” – Berbalas Buat ‘Surprise’, Ramai Mahu Remy & Bekas Tunang Ke Jinjang Pelamin

Ft Remyezza

Selepas diberi kejutan pada dua minggu lepas oleh Remy Ishak, bekas tunang pelakon itu, Ezza Yusof turut melakukan perkara yang sama semalam.

Melalui perkongsiannya di Instagram, Ezza bersama beberapa kenalan lain telah muncul secara mengejut di sebuah majlis persandingan teman rapat mereka. Berdasarkan video itu, mereka dilihat turut menggunakan khidmat emcee majlis tersebut untuk bersama-sama menyanyikan lagu hari jadi buat Remy.

 

Remy yang memakai kemeja terkejut dengan kehadiran Ezza yang memegang kek hari jadi itu dan kenalan mereka yang turut berkumpul bagi memberi kejutan buatnya.

Remy kemudian mengucapkan terima kasih dan selepas meniup lilin, rakan-rakan didengari seperti bersorak,

Kahwin! Kahwin! Kahwin!”

Remy dan Ezza dilihat tergelak selepas diusik sebegitu oleh kenalan mereka. Bukan hanya rakan-rakan, melalui ruangan komen ramai berharap mereka berdua kembali menjalinkan hubungan yang terputus di tengah jalan.

Ada yang turut mendoakan jika Remy dan Ezza kembali bersama, hubungan mereka akan sampai ke jinjang pelamin. Beberapa orang juga turun berkata mereka berdua nampak masih tersipu malu apabila diusik dan nampak manis bersama.

Komen1

Komen2

Komen4

Kita doakan yang terbaik, kalau jodoh tak ke mana….

Baca: Dapat ‘Surprise’ Sempena Hari Lahir, Gadis Kelainan Upaya Ini Sebak Dengar Ucapan Dari Keluarga Di Kampung

Cats 3

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram