in

“Bye Mak Tok, Jaga Diri!” – [VIDEO] Sebak! 11 Sekeluarga Positif Covid-19, Hanyak Nenek Yang Negatif

Ft Maktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hari pasti ada saja kes Covid-19 dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak ia bermula sehingga kini. Pandemik Covid-19 sudah menjadi norma kehidupan pada masa kini dan kita perlu menerimanya dengan hati yang terbuka.


Dalam perkongsian @kekyahkentang, dia telah memuat naik video di Tiktoknya yang memaparkan seorang warga emas terpaksa keluar dari rumah kerana keluarga mereka disahkan positif covid.

@kekyahkentang

11 orang positive 1 orang negative.. Allah nak jaga yang paling tua ❤️.. doakan kami semua sihat #positive #covid19

♬ Tuhan Jaga Dia Untukku – Fiena

“Macam tak percaya”

Difahamkan, mereka sekeluarga iaitu seramai dua belas orang telah menjalani ujian swab menggunakan test kit yang dibelinya. Tapi apa yang mengejutkan hanya neneknya sahaja yang negatif. Alhamdulillah, syukur.

Disebabkan itu, warga emas tersebut terpaksa keluar dari rumah dan tinggal di rumah anaknya lagi sorang bagi mengelakkan dia dijangkiti. Dia juga akan menjalani kuarantin di rumah tersebut.

Kata Kekyah, neneknya itu tinggal bersama mereka sejak datuknya meninggal dunia iaitu pada bulan puasa yang lepas. Kerana dia terlalu rapat dengan cucu-cicitnya, dia sangat sedih untuk tinggalkan rumah itu. Ingatkan rumah nenek tu.

“Kenapa aku nangis ni…”

Video tersebut telah menarik hampir setengah juta tontonan di Tiktok. Meniti di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan simpati terhadap warga emas tersebut dan mendoakan agar nenek itu sentiasa dilindungi.

Komen Nenek

Netizen juga mendoakan agar keluarga Kekyah akan cepat sembuh dan boleh bawa neneknya duduk bersama mereka semula. Aamiin…

Harapnya dunia kembali normal seperti sedia kala. 

Baca: Ditahan Pecah Tabung MasjidWanita Mengaku Buat Beli Makanan Topup

Pecah Tabung E1630482344112

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.