in

Budak 9 Tahun Dihambat Dengan Batang Paip & Dihempap Sampai Maut Oleh Sepupu Berat 149kg Hanya Kerana..

Budak9Tahun

Sayang anak ditangan-tangankan tapi jangan lah sampai mendatangkan kemudaratan pada anak tu. Kalau ya pun marah janganlah sampai nak buat perkara diluar tabii.

Tak pasal -pasal ibu angkat warga emas ni kena penjara 20 tahun sebab pergi lanyak anak dia yang baru umur 9 tahun sampai maut.

 

Dihempap sampai 10 minit

Dericka
Dericka (sumber : the sun)

Grotesque Grace Smith, 71 pergi suruh anak buahnya yang berat dalam 147kg duduk kat atas badan anak angkatnya, Dericka ni hanya disebabkan kelakukannya yang nakal. Kononnya kena denda.

Dericka yang ketinggiannya dalam 91 cm, dan beratnya cuma dalam 31 kg , ya lah standard BMI budak 9 tahun tu kena hempap dalam masa 10 minit sambil mukanya di tertumus di atas kerusi.

Dia kemudiannya mati kerana kekurangan oksigen, kejadian terkutuk ini berlaku di Pensacola, Florida.

Ketika dikejarkan ke hospital doktor terkejut tengok keadaan dia, katanya kecederaan ini adalah paling teruk yang di pernah nampaks epanjang 20 tahun merawat orang.

Ya alah, berat 147 kg pergi hempap budak kecil yang beratnya cuma 31 kg, mahu-mahu patah riuk.

Ibu angkat tu ditangkap akibat pembunuhan secara beramai-ramai dan penderaan terhadap kanak-kanak.

 

Dipercayai dipukul dengan teruk sebelum dibunuh sebab ada kesan lebam pada badan .

Smith
Grotesque grace smith, ibu angkat

Menerusi The Sun, atas kematian budak kecil ini, anak buah yang hempap Dericka, Veronica Posey, 66 telah dipenjarakan seumur hidup. Suami (ayah angkat) Dericka 65 pula dipenjarakan selama 10 tahun,

Dalam pada itu, ketika autopsi (pemeriksaan tubuh badan) dilakukan, terdapat beberapa kesan pukul pada badan Dericka beberapa hari sebelum di menimpa ajal pada Oktober 2017.

Menurut pemeriksa perubatan, kesan-kesan lebam pada badan Dericka ini di katakan sebagai ‘kecederaan di atas kecederaan’

Smith mengakui bahawa dia ada pukul anak angkatnya itu, malah dia ada suruh Posey untuk ‘ajar’ Dericka sebab nakal sangat dengan adiknya yang berumur 8 tahun tu.

 

Dipukul dengan batang paip, sebelum dihempap sampai mati

Veronicaposey
Veronica posey, orang yang hempap dericka

Posey pukul Dericka menggunakan pembaris dan paip sebagai pemberat untuk bantai Dericka.

Kemudiannya Dericka dipaksa untuk melutut dihadapan kerusi dan melakukan separa tiarap di tempat duduk, jadi masa tu muka dia tertumus dekat kusyen.

James
James, ayah angkat

Kemudian Posey duduk kat atas badan Dericka dan mati sebab sesak nafas.

Dericka ada menjerit 2 kali sebab tak boleh bernafas dan Posey terus hubungi 911 lepas bangun daripada duduk tu. Kurang ajar!

Ayah angkatnya mengakui bahawa dia tak lakukan apa-apa pun sebab malas nak masuk campur dan mengakui bersalah atas tindakannya itu kerana membiarkan anak kecil itu terbunuh.

 

Baca : Ayah Bunuh Anak 5 Tahun Sebelum Bakar Mayat Dalam Oven & Suruh Anak Lelaki Pakai Baju Perempuan Sebab..

Anakdibakar