in

Ayah Bunuh Anak 5 Tahun Sebelum Bakar Mayat Dalam Oven & Suruh Anak Lelaki Pakai Baju Perempuan Sebab…

Sec 70076351

Bila kita marah, kita memang susah nak kawal percakapan dan perbuatan kita. Sebab tu sabar tu separuh dari iman kot?

Macam kes yang berlaku di Ukraine ni, seorang bapa telah ditahan kerana didakwa membunuh anaknya yang berusia 5 tahun.

Menurut MetroUK, Pavel Makarchuk dikatakan telah memukul anak perempuannya Darina hingga menyebabkan budak ni jatuh atas lantai dan kepalanya terhantuk.

Sei 70045991 E1559132227711

Difahamkan, kerana Pavel nak ‘sorok jenayahnya’, dia telah memotong budak perempuan ini dan membakar mayat budak ini di dalam oven.

Pegawai polis, Artem Lisogor berkata siasatan pembunuhan ini sedang dijalankan selepas sembilan bulan budak perempuan ini dibunuh.

“Bapa budak ini menolak atau memukul Darina sebelum budak ini terjatuh dan kepalanya terhantuk kepada penghadang pintu.

“Kanak-kanak ini tak sedarkan diri untuk masa yang agak lama. Jadi, untuk sorok jenayahnya, dia meletakkan budak ini ke dalam oven dan membakarnya.”

Kalau korang nak tahu, mak budak ni pun ditahan kerana didakwa telah bersubahat dalam kes pembunuhan ini.

Sei 70045983

Masa polis sampai dekat rumah keluarga ni, pasangan ini telah menyuruh anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun untuk memakai pakaian perempuan sebab nak cover kononnya Darina masih hidup lagi.

Sebelum ni Darina tinggal bersama keluarga angkat dan hanya pulang ke pangkuan ibu bapa kandungnya tiga bulan sebelum dia mati. Allahu…

Pihak polis berkata, ibu bapa yang mempunyai tiga orang anak lagi ini telah ‘mengaku’ cuba untuk sorokkan kematian Darina dan cuba membuang mayat ke dalam oven.

Ibu Darina memberitahu polis, sebelum meletakkan anaknya ke dalam ovensuaminya cuba untuk berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut tapi budak ini tak berikan apa-apa respon. Dah kalau tak confirm budak tu mati ke tak, kenapa tak pergi hantar hospital?

Sei 70045981

Pavel kemudian membuka api oven untuk membakar mayat anaknya sebelum membawa cebisan abu kanak-kanak ini ke dalam sungai.

Nak dijadikan cerita, beberapa aktivis sosial telah membuat kempen supaya Darina dipulangkan semula ke keluarga kandungnya walaupun budak ini hidup bahagia di rumah keluarga angkatnya.

Ibu angkat Darina, Natayla Kobernik cuba untuk melawan kes tersebut dengan berkata ibu bapa kandungnya tak boleh untuk menjaga budak ini dengan baik, tapi dia diberitahu yang Pavel dan isteri adalah ibu bapa yang normal dan boleh diharap. Boleh sangatlah ni?

Natayla kini menuduh pihak berkuasa kerana meletakkan anaknya tinggal bersama keluarga yang berisiko untuk menderanya.

Pavel berhadapan dengan tuduhan membunuh dan boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun manakala anak-anak mereka yang lain telah ditempatkan di bawah penjagaan perkhidmatan sosial.

Pihak berkuasa yang cakap mak bapak budak ni “normal” dan “boleh diharap” tu harap-harap dikenakan hukuman jugaklah.

 

Baca: “Memang b*bi la jantan s*al ni…” – Netizen Bengang Lelaki Tampar, Tumbuk Dan Ugut Bunuh Anak Jika Isteri Tak Pulang.

Screenshot 2019 05 30 At 11.02.09 Am